Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 fakta yang anda tidak tahu tentang Nintendo Game Boy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2021
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Nintendo Switch
0 0
0
fakta Nintendo Game Boy
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo Game Boy adalah salah satu konsol permainan yang paling ikonik dalam sejarah. Selama tempoh 14 tahun, ia telah menjual hampir 120 juta unit lantas menjadikannya salah satu konsol terlaris sepanjang masa. Boleh dikatakan Nintendo Game Boy adalah pelopor kepada “handheld gaming”, dan berjaya mendominasi pasaran selama lebih dari dua dekad. Walaupun menghadapi persaingan dari Sega dan Atari, tiada satu yang dapat mengalahkan konsol ini. Sempena itu, saya ingin menyenaraikan beberapa fakta menarik yang anda mungkin tidak tahu tentang Nintendo Game Boy!

Boleh bermain sehingga 16 orang melalui ciri local multiplayer

Walaupun tidak selalu digunakan, Game Boy sebenarnya membolehkan kita bermain secara multiplayer dengan menggunakan kabel istimewa. Kebanyakan permainan Game Boy biasanya mampu menampung satu hingga empat pemain, tetapi ada satu permainan yang memanfaatkan sepenuhnya kehebatan kabel ini. Spaceball 2000 memegang Rekod Dunia Guinness kerana ia adalah satu-satunya permainan Game Boy yang membolehkan kita bermain sehingga 16 orang.

Boleh menampung letupan bom

Dikenali sebagai ‘Gulf War Game Boy’, peranti ini pernah menjadi milik seorang tentera bernama Stephan Scoggins. Stephen harus bertugas di Timur Tengah semasa Perang Teluk dan malangnya, menjadi mangsa pengeboman. Walaupun Stephen masih hidup selepas kejadian itu, Game Boy-nya “kelihatan” seperti tidak boleh dipakai lagi. Dipenuhi dengan tanda hangus dan plastik cair, Game Boy ini dalam keadaan yang terlalu teruk sehingga papan induknya (motherboard) pun boleh dilihat. Mungkin kerana terlalu ingin tahu, seorang juruteknik menguji Game Boy ini dengan memuatkan permainan Tetris. Apa yang mengejutkan semua orang adalah Game Boy ini masih boleh berfungsi dengan lancar. Sebagai bukti kepada daya ketahanan sistem ini, peranti tersebut dipamerkan di Nintendo World Store di New York.

Merupakan konsol pertama untuk pergi ke angkasa lepas

Pada tahun 1993, seorang angkasawan dari Rusia, Aleksandr A. Serebrov, membawa Game Boy-nya ke angkasa lepas. Dia membawa peranti itu ke stesen angkasa Mir dan tinggal di sana selama 196 hari sambil bermain Tetris. Sistem ini kemudian dilelong pada harga $ 1,220 (anggaran RM5,144.13).

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Mampu tangkap selfie sebelum penciptaan kamera depan

Pada tahun 1998, Nintendo mengeluarkan aksesori menangkap gambar yang dikenali sebagai Game Boy Camera. Kamera ini dapat berputar sehingga 180 ° supaya pengguna boleh mengambil selfie. Gambar ini kemudian dapat disimpan, dicetak atau digunakan dalam beberapa mini-game. Bagi mereka yang tertanya, gambar-gambar itu tidak berwarna dan mempunyai resolusi 128 × 112. Contoh yang paling terkenal boleh dilihat di album Silver & Gold oleh Neil Young. Seni muka depan pada album ini menggunakan gambar Game Boy Camera yang ditangkap oleh anak perempuannya, Amber.

Boleh digunakan untuk memancing ikan

Selain kamera di atas, Game Boy sebenarnya mempunyai banyak lagi aksesori pelik. Satu lagi contoh adalah Game Boy Pocket Sonar. Mereka yang gemar memancingkan akan memasukkan Game Boy Pocket ke slot kartrij dan kemudian menjatuhkan sonar-nya ke dalam air. Peranti ini menggunakan gelombang sonar untuk mengesan ikan di kawasan yang berdekatan dan “sepatutnya” dapat membantu pemancing mengesan ikan dengan lebih cepat.


Itu sahaja fakta-fakta menarik saya tentang Nintendo Game Boy! Untuk segala liputan tentang Nintendo termasuk permainan terkini, anda boleh tekan pautan ini.

Sumber – Softschools

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FaktanintendoNintendo Game Boynintendo switchTrivia
Previous Post

Video Youtube viral kerana tunjuk Pokemon disembelih & dimasak!

Next Post

Versi penuh Next-gen SNIPER GHOST WARRIOR CONTRACTS 2 memang menakjubkan- kini tiba di PS5!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Versi penuh Next-gen SNIPER GHOST WARRIOR CONTRACTS 2 memang menakjubkan- kini tiba di PS5!

Versi penuh Next-gen SNIPER GHOST WARRIOR CONTRACTS 2 memang menakjubkan- kini tiba di PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd