Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Mechamato!

Maira by Maira
September 22, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Tempatan
0 0
0
5 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Mechamato!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun ini sememangnya tahun yang hebat untuk industri animasi Malaysia. Bukan setakat kita mendapat musim terbaru Ejen Ali, malah siri Mechamato juga akan boleh ditonton oleh ramai orang. Mesti ramai antara anda yang ternanti-nantikan bulan Oktober nanti untuk menontonnya. Sebelum itu, jom kita lihat beberapa fakta menarik tentang siri Mechamato!

Bapa kepada BoBoiBoy

Sumber: Monsta

Semasa konsep Mechamato diperkenalkan, ramai yang tidak menyangka bahawa Amato akan mempunyai kaitan dengan BoBoiBoy. Segalanya telah didedahkan apabila BoBoiBoy Movie 2 memperkenalkan Amato sebagai bapa BoBoiBoy secara rasmi.

Bandar Hilir, Melaka

Sumber: Monsta

Kota hilir dalam siri ini diinspirasikan daripada negeri Melaka. Antara tempat-tempat ikonik yang boleh dilihat dalam Kota Hilir ialah A Famosa, Jonker Street dan Sungai Melaka. Lebih menarik sekali, Kota Hilir mempunyai bangunan Destar Corp yang menggunakan reka bentuk tengkolok yang juga dikenali sebagai Dendam Tak Sudah.

Amato pandai bersilat

Sumber: Monsta

Walaupun boleh menggunakan kuasa daripada MechaBot, Amato juga mempunyai kebolehannya yang tersendiri iaitu bersilat. Seperti yang dilihat dalam teaser filem, kita boleh lihat Amato berlatih silat untuk mempertahankan dirinya. Kebolehan silatnya itu juga telah ditunjukkan dalam siri.

Revolusi reka bentuk Amato

Kalau anda ingin tahu, reka bentuk Amato dan MechaBot yang sekarang sebenarnya jauh berbeza daripada konsepnya dahulu. MechaBot juga bukanlah dalam bentuk bola. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk melihat perbezaannya.

Sumber: Monsta

Tersedia dalam pelbagai bahasa

Selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, siri Mechamato juga tersedia dalam bahasa Jepun, bahasa Indonesia, Kantonis, Vietnam, Tagalog, Mandarin, Thai dan bahasa Korea. Barisan pelakon suara untuk Amato dan Mechabot bukan calang-calang orang pula. Semua bakat hebat-hebat!

Sumber: Monsta

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda hari ini. Anda yang masih belum menonton siri animasi Mechamato, ianya akan tersedia di pelbagai platform seperti Netflix, Youtube dan TV. Filem animasinya yang terpaksa ditunda juga akan hadir ke pawagam pada 8 Disember ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan untuk menontonnya nanti. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai fakta atau trivia menarik daripada kami, sila klik pautan ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasiFaktaMechamatoMonsta
Previous Post

PGA Tour 2K23 – Penjelasan setting, tutorial & mode Topgolf!

Next Post

Gundam Evolution – Dari UC sehingga universe terbaru, pelbagai Mobile Suit yang tersedia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Gundam Evolution – Dari UC sehingga universe terbaru, pelbagai Mobile Suit yang tersedia!

Gundam Evolution - Dari UC sehingga universe terbaru, pelbagai Mobile Suit yang tersedia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd