Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 ANIME di mana manusia berhadapan ancaman wabak VIRUS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 26, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
5 ANIME di mana manusia berhadapan ancaman wabak VIRUS!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak boleh dinafikan, virus adalah sebahagian daripada kehidupan. Daripada demam biasa sehingga penyakit-penyakit dahsyat seperti COVID-19, manusia telah menghabiskan banyak masa untuk mencari cara untuk membasmi kuman, virus, dan bakteria. Dalam kehidupan sebenar, virus-virus seperti ini sangat menakutkan dan tiada siapa yang ingin terkena virus tersebut. Manakala bagi fiksyen, tema virus boleh berubah sedikit. Dengan itu, marilah kita lihat anime-anime terbaik di mana manusia menghadapi ancanaman wabak virus!

Terra Formars

Untuk menyelesaikan masalah penduduk bumi yang terlalu banyak, kerajaan membuat uji kaji dengam menghantar lipas ke planet Marikh. Malangnya, siapalah sangka yang lipas itu akan berevolusi. Selepas 500 tahun, lipas telah berevolusi kepada bentuk manusia dan virus baru bernama Alien Engine Virus (dengan kadar kematian sebanyak 100%) telah muncul di bumi. Dengan harapan untuk mendapatkan penawar, Annex I (pasukan khas) dihantar ke Marikh untuk mengumpul sampel beberapa lipas kerana ia dipercayai bahawa lipas membawa virus A.E. dalam bentuk yang dapat membantu manusia mencipta vaksin. Di situlah keadaan menjadi lebih rumit kerana lipas kini bermusuhan dengan manusia dan matlamat mereka adalah untuk menghalang misi manusia.

Norageki! (Five Numbers!)

Lima banduan terbangun daripada tidur di sebuah bangunan kosong. Tidak tahu banyak yang diketahui tentang mereka, kecuali flashback memori untuk setiap watak. Dalam latar belakang, keratan surat khabar menunjukkan pandemik dahsyat yang dipanggil Virus Undone. Lima orang banduan ini bersendirian dan ditemani oleh seekor kucing dan seorang lelaki tua yang kelihatan sudah mati. Ketika orang tua itu bangun lah, jalan cerita menjadi semakin menarik. Di situ kita diberitahu bahawa hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar daripada penjara dan nasib yang lain adalah untuk mati.

Koutetsujou no Kabaneri (Kabaneri of the Iron Fortress)

Apabila manusia diancam oleh wabak, perkara pertama yang harus dibuat adalah untuk menyelidik cara-cara merawat virus. Betul? Malangnya, dalam anime ini, manusia terlalu lambat dan ramai yang telah mati. Protagonis adalah Ikoma, seorang tukang besi muda yang tanggungjawabnya adalah untuk menjaga kereta api yang pergi dari kubu ke kubu untuk melindungi saki baki manusia yang tertinggal daripada ancaman Kabane. Kabane sebenarnya ialah bekas manusia, tetapi apabila dijangkiti oleh gigitan daripada Kabane lain, mereka berubah menjadi zombi membunuh yang diliputi logam. Manusia memutuskan bahawa satu-satunya penyelesaian adalah untuk membunuh manusia yang digigit sebelum mereka bertukar menjadi Kabane, tetapi Ikoma tidak pasti bahawa ini adalah jalan yang terbaik dan ingin menyelidik lebih lagi. Elok lah kerana dia pun digigit dan harus mencari cara untuk menjaga kewarasannya.

No. 6

Bandar Nombor 6 adalah utopia yang indah dan merupakan salah satu bandar yang menempatkan manusia selepas perang dunia. Setiap bandar mempunyai kerajaan dan kerajaan akan melakukan segala-galanya untuk memastikan penduduknya bahagia dan sihat. Tetapi rupanya itu semua muslihat apabila Shion dan ibunya dilucutkan oleh semua hak mereka selepas Shion membantu Nezumi, seorang pelarian yang datang dari luar bandar. Selepas perkara ini berlaku, Shion saksi dengan matanya sendiri apabila spesies parasit mula membunuh penduduk di bandar Nombor 6.

Hataraku Saibou (Cells at Work!)

Sebelum munculnya ubat, barisan pertama pertahanan di dalam tubuh kita adalah sel kita sendiri. Sel-sel khusus yang melawan sebarang ancaman luaran adalah sel putih, tetapi mereka juga menerima bantuan daripada sel-sel lain seperti monosit, limfosit, dan sel B. Penyakit-penyakit yang paling umum, seperti demam biasa, keracunan makanan, dan juga luka kecil, boleh disembuh oleh sel-sel rajin ini yang bekerjasama dengan sistem peredaran darah dan sistem saraf untuk memastikan kita hidup. Di anime ini, terdapat sebuah sel merah tertentu, AE 3803 yang cenderung untuk sesat, dan sel putih bernama U-1146, yang sentiasa terlibat dalam macam-macam masalah. Ini adalah cerita tentang sel yang hidup di dalam badan kita.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeHataraku SaibouKoutetsujou no KabaneriNo. 6Norageki!PenyakitTerra FormarsVirus
Previous Post

Temuramah Eksklusif bersama Producer – Mr. Shingo Izumi mengenai perkongsian MONSTER HUNTER RIDERS terbaru!

Next Post

Review game Brawler dengan BRAWLOUT DELUXE EDITION? Memang korang patut beli lah time-time Lockdown COVID-19 ni!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review game Brawler dengan BRAWLOUT DELUXE EDITION? Memang korang patut beli lah time-time Lockdown COVID-19 ni!

Review game Brawler dengan BRAWLOUT DELUXE EDITION? Memang korang patut beli lah time-time Lockdown COVID-19 ni!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd