Baru-baru ini, akaun Twitter Genshin Impact mengumumkan bahawa empat watak iaitu Jean, Amber, Rosaria dan Mona akan mendapat reka bentuk costume alternatif baru. Berikut adalah visual prototaip untuk costume tersebut:

Reka bentuknya mungkin akan berubah pada masa depan tetapi ini adalah idea awal untuknya. Anda boleh lihat sedikit perubahan pada setiap design watak tetapi masih mengekalkan aspek penting pada watak mereka. MiHoYo tidak mendedahkan tarikh rasmi untuk pelepasan costume baru ini dan sudah semestinya pemain boleh mengharapkannya keluar pada versi yang akan datang.
Anda boleh melihat sendiri perbezaan pada setiap watak melalui gambar dibawah:
Walaupun miHoYo tidak pernah secara terang-terangan mengatakan reka bentuk Genshin Impact telah di “censored”, mereka pastinya tidak menafikannya juga. Sebaik sahaja costume itu dilepaskan, ianya akan kekal pada server China dan miHoYo telah berkata mereka akan memberikan 1200 primogem sebagai permohonan maaf kepada pemain. Buat masa ini, empat watak tersebut telah pun menggunakan model terbaru dalam versi China. Berikut adalah rupa bentuk model yang tersedia di China. Anda boleh nampak beberapa persamaan dengan design prototaip yang juga akan tersedia pada server global.

Reka bentuk baru ini juga seiring dengan undang-undang media di China yang telah banyak kita lihat pada game dan juga anime. Beberapa anime seperti, Miss Kobayashi’s Dragon Maid dan Jojo’s Bizarre Adventure: Stone Ocean juga telah diedit untuk tontonan di Bilibili. Beberapa watak lain juga mungkin akan mendapat model baru dalam Genshin Impact pada masa akan datang.
Apa pendapat anda mengenai reka bentuk costume baru Genshin Impact ini? Adakah anda akan menggunakannya atau tidak? Boleh kongsikan kepada kami! Untuk liputan lain mengenai Genshin Impact, sila klik pautan ini.
Sumber: Weibo, hoyolab, Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post