Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

30,000 pemain pada server yang sama di game Dual Universe! Dahsyat!

Bayangkan betapa handal server ni.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 15, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
30,000 pemain pada server yang sama di game Dual Universe! Dahsyat!
Share on FacebookShare on Twitter

Dual Universe ialah sebuah massive multiplayer science fiction sandbox game yang akan datang pada tahun depan. Antara matlamat mereka ialah untuk setiap pemain , jika boleh berjuta-juta, untuk bermain di satu game server yang sama. Pada awal bulan ini, developer Novaquark menjalankan eksperimen skala besar yang melibatkan simulasi 30,000 pemain mengembara pada satu planet yang sama. Satu pemandangan yang susah untuk percaya kan?

Sumber – Novaquark

Untuk mengumpul semua pemain di satu kawasan atau server yang sama ialah isu untuk setiap game massive multiplayer. Teknik seperti mendirikan banyak server dan game zone instant memastikan tidak terlalu ramai pemain di satu kawasan pada masa yang sama. Developer Dual Universe pula mahu semua pemain di universe yang sama. Jika ada berpuluh pemain ingin kumpul dan bina satu base menggunakan alat membina game tersebut, mereka boleh jumpa dengan senang tanpa perlu member bahan bina atau cuba untuk connect ke private server mereka sendiri. Jika 30,000 pemain nak buat party pun boleh. Tak ada satu masalah langsung.

Sudah tentu, 30,000 pemain yang berjalan tanpa hala tuju ini semua AI. Memang tidak sama dengan 30,000 ribu pemain sebenar, dengan kelajuan internet berbeza, sedang main serentak. Tetapi terdapat beberapa alpha test player untuk demo pertama ini, dan ia berjalan lancar untuk mereka, tanpa lag yang melampau atau game itu tiba-tiba crash. Mari kita lihat demo ini.

Saya telah mengikut perkembangan Dual Universe buat sementara waktu, dan amat suka dengan pembaharuan yang mereka ingin bawa. Memang ada aura misteri science fiction seperti game Anarchy Online. Kemungkinan saya untuk jumpa kawan lawa pun tidak mustahil. Apa-apa hal pun, kita tunggu berita baru lagi sebelum keluarannya pada tahun depan di PC.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 30000Dual UniversePCSame server
Previous Post

Pasukan Pro Dota 2 Negara, Lotac Gaming telah berpisah

Next Post

Gearbox Studios akan keluar game baru lagi.. dan ini bukan Borderlands.

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Gearbox Studios akan keluar game baru lagi.. dan ini bukan Borderlands.

Gearbox Studios akan keluar game baru lagi.. dan ini bukan Borderlands.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd