Filem Suzume sudah mula ditayangkan di pawagam GSC Cinemas mulai hari ini. Kami juga telah menontonnya dan sangat berpuas hati dengan filem tersebut. Kalau anda ingin tahu, Suzume turut mempunyai novel ringan yang dikeluarkan oleh Kadokawa Gempak Starz! Kalau anda sudah menonton filem Suzume, kami syorkan sangat untuk anda membaca pula novel ringan tersebut. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca!

1. Penerangan yang lebih jelas
Dengan filem Suzume yang agak pantas, mungkin anda akan terlepas beberapa perkara mengenai misi Souta yang mengembara untuk menutup pintu-pintu yang terbuka. Novel ini akan memberikan anda maklumat yang lebih terperinci malah anda juga lebih mudah untuk memahaminya. Dengan terjemahan bahasa Melayu, kami pasti anda pasti tidak mempunyai masalah semasa membacanya.

2. Mengetahui perasaan watak dengan lebih mendalam
Suzume telah berjumpa dengan pelbagai orang semasa dia berjalan daripada satu bandar ke bandar lain untuk membantu Souta menutup pintu-pintu mistik. Kami suka bagaimana penulisan novel ini membuatkan kita lebih rapat dengan watak-watak. Ia bukan sahaja daripada POV Suzume sahaja malah kita turut melihat sudut pandangan Souta.

Kalau dalam filem, segala emosi hanya ditunjukkan melalui persekitaran, mood ataupun reaksi wajah watak. Tetapi anda boleh menyelaminya dengan lebih dalam mengenai adegan tertentu dalam novel Suzume. Jadi memang berbaloi kalau anda membacanya selepas menonton filem ini.

3. Dapat ulangi semula pengembaraan di mana-mana sahaja
Filem Suzume lambat lagi untuk masuk platform penstriman. Sudah tentu anda tidak boleh mengulangi pengembaraan itu banyak kali di pawagam kerana tayangannya pasti ditamatkan nanti. Jadi novel ini boleh dijadikan alternatif untuk anda ikuti kisah Suzume dan Souta berulang kali! Mungkin ada beberapa adegan yang tidak boleh disampaikan seperti dalam filem tetapi anda juga boleh membayangkan semula adegan-adegan menarik dalam filem sambil membacanya. Alang-alang boleh pasang soundtrack Suzume sambil membacanya.

Anda yang ingin dapatkan novel Suzume, bolehlah mencarinya di kedai berikut:
- Kedai rasmi Gempak Starz
- Shopee
- Lazada
- Kedai Buku POPULAR
- KINOKUNIYA
- Kedai buku terpilih
- 7-Eleven di seluruh Malaysia
Untuk dapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Gamer Santai sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post