Sony telah mengesahkan yang 3 game Yakuza iaitu Yakuza 0, Yakuza Kiwami & Yakuza Kiwami 2 akan pergi meninggalkan PlayStation Plus Games Catalogue buat selama-lamannya pada 15 Ogos 2023.
Menurut laporan daripada Push Square, bukan 3 game Yakuza itu sahaja yang akan meninggalkan servis ini, tetapi banyak lagi game yang turut keluar termasuk Borderlands 3, Nidhogg, DCL – The Game, GRIP, The Crew 2, 8-Bit Armies dan Carmageddon: Max Damage.

Tetapi, anda tidak perlu risa kerana game Yakuza yang lain seperti Yakuza 3, 4, 5, 6: The Song of Life dan Yakuza: Like a Dragon masih ada di dalam servis tersebut. Jadi, kalau korang yang masih bermain game Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Kiwami 2, saya sarankan anda untuk bermain dengan lebih cepat sebelum game ini keluar daripada PlayStation Plus Games Catalogue.
Berikut adalah serba sedikit tentang ketiga-tiga game tersebut:
- Yakuza 0

Bertarung di bandar Tokyo dan Osaka dengan protagonis, Kazuma Kiryu dan Goro Majima. Bermain sebagai Kiryu untuk mengetahui bagaimana dia mendapati terlibat dalam masalah hanya kerana mengutip hutang. Kemudian, ikuti kisah Majima dan terokai kehidupan “biasa”nya sebagai pemilik kelab kabaret.
- Yakuza Kiwami

Remake untuk game Yakuza pertama. Ikuti kisah Kazuma Kiryu selepas dia kembali daripada penjara untuk jenayah yang tidak dilakukannya.
- Yakuza Kiwami 2

Sekuel kepada Kiwami dengan tambahan Goro Majima yang boleh dimainkan. Ia berlaku setahun selepas game pertama, kini Kazuma Kiryu berdepan dengan musuh lain, Ryuji Goda yang juga dikenali sebagai Dragon of Kansai.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa 3 game Yakuza iaitu Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Yakuza Kiwami 2 akan meninggalkan PlayStation Plus Games Catalogue pada 15 Ogos 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post