Busan Indie Connect Festival 2023 berlangsung dengan meriahnya! Pelbagai game indie telah dipaparkan oleh pembangun-pembangun dari seluruh dunia. Dalam banyak-banyak game yang dipersembahkan, ada satu pembangun yang membawakan beberapa game yang pelik dan mencuit hati. Jadi kami pun tidak melepaskan peluang untuk mencubanya. Pembangun tersebut adalah moai.jp. Antara game yang mereka bawa ke BIC 2023 adalah Give me toilet paper!, Popsicle Stick Memories dan Gloves & Peace. Jom kita lihat satu per satu tersebut!
Give me toilet paper!

Kalau anda ingin tahu, game Give me toilet paper! telah pun dilancarkan di Nintendo Switch. Seperti tajuknya, game ini memerlukan anda untuk menggulung tisu tandas menggunakan joycon untuk selesaikan cabaran. Memandangkan tisu mempunyai ketebalan berbeza, kesusahan game ini bergantung pada ketebalan tersebut. Sebagai contoh, tisu 2 PLY lebih mudah untuk digulung berbanding 3 PLY yang lebih tebal. Kalau anda berminat untuk bermainnya, boleh lawati Nintendo e-shop untuk membelinya.
Popsicle Stick Memories
Game ini dihasilkan hanya untuk berseronok dan bukan untuk dilepaskan di man-mana. Jadi hanya di pameran ini sahaja kami boleh mainkannya. Premis game ini membawa anda menyertai sebuah pasukan hero. Tetapi sesuatu yang berlaku membuatkan anda orang terakhir yang terselamat. Kini, anda perlu menanam semua raksasa yang telah tumbang, jadi anda perlu masukkan popsikel ke dalam lubang pasir.
Gloves & Peace
Satu lagi game yang dihasilkan moai.jp adalah Gloves & Peace. Ia juga salah satu projek yang dihasilkan mereka untuk berseronok dan tidak akan dilancarkan. Cara mainnya juga agak unik dan mencabar. Cara mainnya anda perlu letakkan tangan pada “turntable” khas dan tekan pada sarung tangan di atas turntable, dan klik mengikut gesture yang sama seperti yang ditunjukkan pada skrin. Kalau anda gerakkan tangan untuk pusing turntable tersebut, anda boleh sasarkan pada gesture yang anda terlepas untuk lakukan.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini! Anda boleh lihat semua liputan kami untuk BIC 2023 melalui pautan ini.
BIC 2023 sedang berlangsung di BEXCO, Busan, Korea Selatan. Untuk info lanjut mengenainya, anda boleh melayari pautan di bawah:
<Info Busan Indie Connect Festival 2023>
- Laman web rasmi: https://bicfest.org
- Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
- Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
- Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
- Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
- Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
@gamersantaimy
Discussion about this post