Sempena hari Krismas, Epic Games Store kini menyediakan tiga game Fallout secara percuma untuk hari ini. Game tersebut adalah Fallout: A Post Nuclear, Fallout 2: A Post Nuclear dan Fallout Tactics: Brotherhood of Steel.
Bermula sekarang sehingga 24 Disember 2022 pada pukul 12.00 tengah malam, anda boleh tebus ketiga-ketiga game tanpa sebarang kos dan akan berada dalam koleksi buat selama-lamanya. Best kan?
Fallout: A Post Nuclear

Berikut adalah serba sedikit tentang game ini berdasarkan Epic Games:
Anda baru sahaja menemui game pasca-apokaliptik klasik yang bergenre CRPG. Sistem Fallout SPECIAL membolehkan anda mengawal pelbagai jenis watak yang berbeza, membuat keputusan dan pembangunan yang bermakna. Terokai runtuhan tamadun zaman keemasan yang musnah. Bercakap, menyelinap atau berlawan dengan mutan, samseng dan musuh robot. Buat keputusan yang betul atau anda boleh terkorban seperti wira-wira sebelum ini.
Fallout 2: A Post Nuclear

Berikut adalah serba sedikit tentang game ini berdasarkan Epic Games:
Fallout 2: A Post Nuclear ialah sekuel kepada Fallout: A Post Nuclear yang membawa anda keluar daripada dungeon ke masa depan retro yang dinamik dan apokaliptik.
Sudah 80 tahun lamanya sejak nenek moyang anda melintasi tanah terbiar. Semasa anda mencari Garden of Eden Creation Kit untuk menyelamatkan kampung primitif anda, laluan anda dipenuhi dengan sinaran radiasi, mutan megalomaniak dan pembohongan, penipuan dan pengkhianatan yang tiada henti. Anda mula tertanya-tanya sama ada jika ada orang yang boleh hidup di dunia baru ini.
Menguasi kemahiran dan sifat watak anda untuk terus hidup, Fallout 2: A Post Nuclear akan mencabar anda untuk bertahan dalam dunia pasca-nuklear yang masa depannya tidak ada penentu…
Fallout Tactics: Brotherhood of Steel

Berikut adalah serba sedikit tentang game ini berdasarkan Epic Games:
Anda adalah sampah yang celaka. Anda mungkin dilahirkan dari kotoran, tetapi kami akamn menempa anda menjadi besi. Anda akan belajar untuk membongkok, jika tidak, anda akan patah. Dalam zaman kegelapan ini, Brotherhood anda adalah semua yang berdiri di antara api tamadun yang menyala semula dan tanah terbiar yang melolong dan terpancar.
Senjata akan menjadi lebih daripada sebagai alat, ia akan menjadi kawan anda. Anda akan menggunakan kemahiran anda untuk memberi inspirasi kepada yang lemah… tidak kira mereka suka atau tidak. Rakan sepasukan anda akan menjadi lebih bermakna untuk anda daripada saudara mara. Bagi mereka yang masih hidup, akan akan ada penghormatan dan mempunyai harta rampasan perang.
Saya ingin meningatkan sekali lagi bahawa ketiga-tiga game ini sudah boleh ditebus mulai sekarang sehingga 24 Disember 2022 pukul 12.00 tengah pagi. Jadi, tunggu apa lagi? Cepat tebus game Fallout ini sekarang di Epic Games Store!
Untuk lebih banyak berita tentang game percuma, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post