Mendapat skor ulasan dan kritik sebanyak 90+ di Metacritic serta berada pada status “Must play”, tidak dinafikan game yang agak mencabar ini masih mampu menghasilkan kejayaannya tersendiri apabila Activision menyatakan yang game Sekiro: Shadows Die Twice berjaya terjual sebanyak 2 juta di ketiga-tiga platform iaitu PC, PS4 dan juga Xbox. Malah, ia juga merupakan game yang berada pada nombor 1 di Twitch ketika hari pelancarannya dengan 631 juta minit tontonan pada 22 Mac hari itu.
https://twitter.com/sekirothegame/status/1113849389376622592
Sejak pelancarannya, game dibangunkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Activision ini mendapat kritikan dan ulasan yang memberansangkan. Sekiro adalah game terbaik selepas Dark Souls, yang terjual sebanyak 13 juta apabila ia dikeluarkan pada tahun 2009.

Tidak kurang juga, selepas game ini keluar, terdapat pelbagai debat mengenai game ini yang sesetengah pihak mengatakan perlu adanya “mode difficulty” dalam game. Ada juga yang berpendapat game ini sudah baik keadaannya dan mode kesukaran itu memang sudah sesuai. Kalau korang belum bermain lagi game ini, bolehlah baca review kami tentang Sekiro: Shadows Die Twice di sini!
Sumber: Activision
@gamersantaimy
Discussion about this post