Anda perasan tidak? Tajuk anime sekarang kebanyakkanya panjang sangat. Sudah macam sinopsis jadinya. Sudahnya tajuk yang panjang-panjang itu dipendekkan supaya mudah untuk disebut. Macam Konosuba, Re:Zero, Tensura dan lain-lain. Anime ini banyak diadaptasi daripada light novel mereka. Kadang-kadang pelik juga kenapa light novel untuk anime ini diberikan dengan tajuk panjang sebegitu.
Kali ini, jom kita tengok anime mana yang mempunyai tajuk paling panjang buat masa sekarang. Sebagai peringatan, bilangan karakter yang disertakan mengikut terjemahan bahasa Inggeris dan bukan tajuk rasmi Inggeris.
The Misfit of Demon King Academy: History’s Strongest Demon King Reincarnates and Goes to School with His Descendants (117 karakter)

Anos Voldigoad, seorang Raja Iblis yang sangat berkuasa telah dihidupkan semula selepas 2000 tahun, hanya untuk melihat dunia yang terbiasa dengan keamanan dan banyak sihir gelapnya telah hilang. Apabila dia mendaftar di akademi yang menguji calon untuk jawatan Raja Iblis, kuasanya tidak dapat diukur dengan betul dan dia dilabel sebagai “inept”. Dengan bantuan rakannya, Misha, Anos bertekad untuk mengatasi keturunannya sendiri dan menuntut semula gelarannya.
Life as a Reincarnated Sage in Another World. Gaining a Second Profession and Becoming the Strongest in the World (113 karakter)

Kena Isekai dan mempunyai kuasa luar biasa merupakan impian setiap otaku, tetapi bukan untuk Yuji Sano. Dia sedang bekerja tetapi ditarik ke alam fantasi, di mana dia berjaya capai class kedua dengan memanfaatkan kebolehan Monster Tamer-nya. Kini dia menukar pejabat untuk mencari rezeki, tetapi dia terus terlibat dalam acara besar kerana kuasanya itu.
The Story in Which I was Kidnapped by a Young Lady’s School to be a “Sample of the Common People” (97 karakter)

Kimito Kagurazaka adalah seorang yang biasa. Gred purata, kebolehan sederhana dan penampilan sederhana. Sehingga suatu hari dia diculik oleh sebuah organisasi misteri dan dipaksa untuk mendaftarkan sebuah akademi super rahsia, super elit untuk wanita muda yang paling kaya, paling berkelas, paling elit. Ternyata Kimito telah dipilih sebagai “sampel biasa” untuk membantu gadis terpencil dan naif untuk biasakan diri dalam masyarakat biasa. Kimito tidak dibenarkan menunjukkan minat romantis atau seksual terhadap gadis-gadis itu, atau sesuatu yang buruk akan berlaku.
Hamefura, I Reincarnated into an Otome Game as a Villainess with Only Destruction Flags… (88 karakter)

Catarina Claes telah terhantuk pada batu dan tidak sengaja memulihkan ingatan kehidupan lampaunya. Ternyata dunia yang dia tinggal sekarang adalah dunia game Fortune Lover, game otome yang dia taksubkan dahulu… tetapi dia telah menjadi watak jahat yang cuba menggagalkan kisah cinta protagonis! Pengakhiran terbaik untuk Catarina hanyalah dibuang negeri dan paling teruk, kematian! Dia perlu mencari jalan untuk mengelak daripada mencetuskan bendera malapetaka dan buat masa depannya bahagia!
What If the Ultimate in Fully Immersive VR RPGs Was a Crappier Game Than Reality Itself (87 karakter)

Dalam satu kejadian yang tidak dijangka, pelajar sekolah menengah Hiro Yuuki mendapat game Kiwame Quest. Dicipta oleh teknologi terbaik, game ini mendakwa memberikan”realiti yang melampau,” daripada grafik yang menakjubkan, tingkah laku NPC, bau tumbuh-tumbuhan, dan juga angin yang menyapu kulit—semuanya adalah hasil daripada mutu kerja hebat. Kecuali, gmae ini terlalu realistik dan susah untuk habiskan. Kiwame Quest menampilkan lebih daripada sepuluh kuadrilion bendera dan menggambarkan kebolehan fizikal sebenar pemain dalam game. Dipukul dalam game juga menyakitkan dalam kehidupan sebenar dan luka tetak mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Takluki permainan paling stres dalam sejarah yang tidak boleh dimainkan secara santai!
WorldEnd: What Do You Do At The End of The World? Are You Busy? Will You Save Us? (81 karakter)

Manusia telah didorong kepada kepupusan oleh “Beast.” Kini Fairy ditugaskan untuk memerangi Beast dengan menggunakan “Holy Sword” yang dipanggil “Kariyon” dan akhirnya menemui ajal mereka. Seorang manusia bernama Willem bangun selepas beberapa ratus tahun dan meneruskan perjuangannya untuk melawan Beast.
Banished from the Hero’s Party, I Decided to Live a Quiet Life in the Countryside (81 karakter)

Red dilahirkan dengan kuasa yang luar biasa, dan dia kelihatan seperti calon yang sempurna untuk menyertai barisan hadapan dalam perjuangan menyelamatkan dunia—tetapi sebelum dia dapat sertainya, dia diberitahu bahawa ini bukan tempatnya.
The World’s Finest Assassin Gets Reincarnated in Another World as Aristocrat (79 karakter)

Apabila seorang pembunuh yang hebat dilahirkan semula di dunia lain dan mendapati dirinya pewaris kepada keluarga pembunuh. Dengan pengetahuan modennya serta teknik istimewa dunia baharu ini, dia boleh menjadi pembunuh yang tidak dapat dihalang dalam sejarah.
My Mental Choices Are Completely interfering With My School Romantic Comedy (75 karakter)

Kanade Amakusa, seorang budak lelaki yang disumpah dengan kuasa mental “pelbagai pilihan jawapan” — kuiz tiba-tiba muncul dalam fikirannya, dan pilihan yang dibuatnya akan menjadi realiti. Sebagai contoh, semasa di sekolah, dia diberi pilihan : 1) Seorang gadis cantik akan jatuh di hadapannya atau 2) dia akan jatuh dari atas bumbung dengan pakaian wanita. Dia memilih pilihan 1, dan seorang gadis berambut perang bernama Chocolat jatuh di hadapannya.
Shimoneta: A Boring World Where The Concept of Dirty Jokes Doesn’t Exist (72 karakter)

Sudah 16 tahun selepas “Undang-undang Ketenteraman Awam dan Akhlak dalam Mendidik Kanak-Kanak yang Sihat” mengharamkan bahasa kasar di negara ini. Tanukichi Okuma mendaftar di sekolah elit yang terkemuka dan tidak lama lagi dijemput ke Anti-Societal Organization (SOX) oleh pengasasnya, Ayame Kajō. Tanukichi akhirnya mengambil bahagian dalam mengganggu Anna, presiden majlis pelajar yang berbakat.
Boleh tahan panjang juga semua tajuk-tajuk anime ini. Anda rasa kenapa banyak anime sekarang mempunyai tajuk yang panjang? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post