Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 permainan maut paling BAHAYA dalam sejarah ANIME!

Sanggupkah anda gadaikan nyawa?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 5, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
10 permainan maut paling BAHAYA dalam sejarah ANIME!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak pengenalan siri Battle Royale, media telah jatuh cinta dengan idea manusia bertarung sesama sendiri untuk bertahan hidup dalam sebuah permainan maut. Walaupun siri Hunger Games telah pergi jauh dengan idea ini, anime lebih mengusahakan konsep ini dengan berpuluh-puluh variasi unik tentang kanak-kanak membunuh satu sama lain.

“Death Game” atau permainan maut adalah sebahagian daripada genre paling disukai dalam anime, kerana ia menggambarkan kesusahan bertahan hidup dalam bentuk permainan. Ini melahirkan beberapa jalan cerita yang mendalam dan juga beberapa adegan yang mengerikan. Senarai ini menampilkan permainan-permainan paling MAUT dalam sejarah anime di mana misi utama adalah untuk HIDUP sahaja!

DEADMAN WONDERLAND

Tidak tahu jika untuk sains atau hanya sebagai hiburan, keseluruhan pembinaan Deadman Wonderland bukanlah untuk pemulihan tetapi untuk keganasan. Walaupun banduan sudah cukup terseksa dengan harus mengharungi litar bahaya, tarikan utama adalah pertarungan bawah tanah antara individu dengan kebolehan untuk menjadikan darah mereka sebagai senjata bernama “Branch of Sin.” Peraturannya mudah.. Dua orang banduan masuk. Hanya satu sahaja yang boleh keluar. Pemenang akan mendapat hadiah wang tunai yang besar, manakala yang kalah akan jadi bahan uji kaji untuk sains.

KAIJI: ULTIMATE SURVIVOR

Tema yang sama diteruskan di sini kerana orang kaya memang perlukan hiburan kan.. Bosan sangat duit banyak agaknya.. Di siri Kaiji, beberapa individu elit mengambil kesempatan ke atas orang-orang awam. Apabila beberapa orang ingin putus asa selepas gagal membayar balik hutang mereka, seorang lelaki misteri datang dan menawarkan peluang untuk membayar balik hutang mereka. Apa yang dimaksudkan dengan “THE ULTIMATE GAMBLE” adalah permainan judi yang sangat kompetitif  sehingga sesiapa yang kalah harus pilih antara memotong anggota badannya atau menjadi hamba abdi kepada pemenang buat selama-lamanya.

KAKEGURUI

Dunia Kakegurui amat menyerupai Kaiji kecuali mangsa-mangsanya adalah anak-anak orang kaya dan permainannya lebih mengerikan. Ini termasuk pertaruhan anggota badan seperti kuku, memaksa diri menjadi hamba abdi, atau bermain “Russian Roulette“. Hyakkaou Private Academy memang sekolah yang kejam. Ia menggalakkan perjudian, tetapi yang paling kaya dan paling elit akan menipu dalam permainan, tidak kira daripada segi peraturan atau memegang jumlah duit yang tidak terhingga. Dengan menggunakan kelebihan ini untuk menyeksa pelajar-pelajar lain, sekolah ini lebih dipenuhi dengan pelajar yang terseksa daripada pemenang sebenar.

GANTZ

Gantz adalah salah satu dunia paling kejam dalam sejarah anime. Apabila seseorang mati, seorang lelaki dalam bola hitam akan menghidupkan mereka semula. Kemudian, mereka akan diberikan sut berteknologi tinggi dan senjata api futuristik untuk bantu dalam misi memburu makhluk asing. Nilai mata diberikan untuk membunuh makhluk atau sekurang-kurangnya mengambil bahagian, dan mereka yang memperoleh nilai mata yang mencukupi akan mendapat peluang untuk keluar daripada permainan ini dan menjalani kehidupan secara aman. Permainan itu sendiri juga aneh dan menakutkan kerana makhluk asing tersebut sangat kuat daripada segi teknologi atau kebolehan fizikal. Selain daripada mempunyai penampilan yang seram, makhluk asing tersebut juga selalu membunuh musuh dalam cara yang paling mengerikan.

HUNTER X HUNTER

Hunter X Hunter tidak bermula sebagai anime dengan permainan maut, tetapi pada satu titik dalam jalan cerita, Ging Freecss dan kawan-kawannya telah mencipta Greed Island. Pulau ini dicipta dengan tujuan untuk menjadi ujian akhir bagi menilai kemahiran seorang Hunter. Walau bagaimanapun, tahun demi tahun berlalu tanpa seorang pemenang. Ganjaran eksklusif itu terlalu menggiurkan sehingga orang terpaksa membunuh di Greed Island untuk mendapat kelebihan permainan. Ada yang membunuh pemain lain untuk mencuri kad mereka, ada yang memaksa orang lain untuk mengumpul kad bagi pihak mereka. Dahlah permainan ini sendiri pun dah susah, pemain sendiri buat permainan ini lagi bahaya.

SWORD ART ONLINE

Sword Art Online adalah salah satu anime paling popular dalam genre ini dan menawarkan banyak drama dan senario yang bagus. SAO bermula sebagai permainan video baru yang setiap orang mahu bermain. Pada hari pelancarannya, beribu-ribu pemain masuk ke dunia atas talian ini dan serta-merta mendalami keajaiban permainan ini. Tidak lama kemudian, mereka menyedari bahawa tidak seorang pun boleh keluar daripada permainan. Pencipta kemudian muncul dan mendedahkan bahawa tiada siapa boleh meninggalkan dunia SAO dan barangkali sesiapa cuba melarikan diri ke dunia sebenar, akan dibunuh serta-merta. Satu-satunya cara untuk keluar adalah untuk memenangi permainan.

FUTURE DIARY

Apabila seorang dewa menjadi bosan dan penat dengan tugasnya, bagaimanakah dia menentukan bakal penggantinya? Caranya adalah untuk mengumpul sekumpulan manusia yang dia suka, beri mereka kebolehan untuk membaca masa depan, dan memaksa mereka bertarung hingga mati.. Future Diary adalah salah satu daripada siri anime paling unik dan ganas di pasaran. Watak-wataknya boleh mencipta senario yang menarik apabila mereka membaca masa, dan satu-satunya cara untuk maju dalam permainan adalah untuk menjadi licik dan kejam. Dengan beberapa latar belakang yang sedih, sedikit percintaan, dan plot twist paling gila, ini adalah sebuah permainan maut yang saya jamin penonton pun tidak tahu apa akan berlaku seterusnya.

DANGANRONPA: THE ANIMATION

Danganronpa mempunyai konsep ” Death Game” yang sangat klasik. Ia mengumpul beberapa remaja, dan memberikan mereka beberapa personaliti dan kebolehan yang unik, lalu memberitahu mereka untuk membunuh satu sama lain sehingga hanya satu sahaja yang hidup. Perbezaan besar yang dimiliki oleh siri ini adalah orang yang menguruskan permainan ini adalah seekor “patung beruang”. Setiap kali seorang remaja dibunuh, pelajar-pelajar Hope’s Peak Academy harus menjalankan penyiasatan dan perbicaraan untuk setiap pembunuhan. Tugas pembunuh itu sendiri adalah untuk tidak ditangkap. Jika mereka menyelesaikan kes itu dengan betul, pembunuh akan dihukum mati. Jika mereka memilih yang salah, pembunuh menang, dan orang lain akan dibunuh.

BTOOOM!

SAO memegang kata-kata “Jika anda mati dalam permainan, anda akan mati dalam kehidupan sebenar,” tetapi bagaimana pulak jika permainan maut itu memang berlaku di kehidupan sebenar? Btooom! adalah permainan atas talian popular yang menampilkan aksi-aksi pertarungan melibatkan senjata api dan letupan. Walau bagaimanapun, seorang pemain mungkin terlalu taksub dengan permainan ini sehingga dia membina versi sebenar berdasarkan permainan atas talian itu. Pelbagai pemain telah bangun di sebuah pulau misteri dengan senjata di sekeliling. Orang terakhir yang bertahan hidup adalah pemenang, bagaimanapun, yang kalah tidak akan mendapat peluang untuk hidup semula seperti dalam permainan video.

SIRI ANIME FATE

Kebanyakan permainan maut hanya mempunyai manusia biasa atau manusia dengan kebolehan luar biasa. Di siri Fate, permainan mautnya mempunyai konsep yang lebih berprestij. Setiap beberapa generasi, keluarga-keluarga dan ahli sihir daripada dunia Fate akan bersaing untuk Holy Grail. Untuk menyertai, pesaing mesti menjadi salah satu daripada tujuh Master untuk menyeru seorang Servant. Setiap Servant adalah tokoh legenda yang dilengkapi dengan kuasa hebat. Peraturannya tetap sama, tetapi pertarungannya lebih menarik kerana kuasa-kuasa ajaib dan penglibatan tokoh-tokoh legenda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBTOOOM!DANGANRONPA: THE ANIMATIONDeadman WonderlandDeath gameFATEFUTURE DIARYGANTZHunter X HunterKAIJI: ULTIMATE SURVIVORKAKEGURUIPermainan mautsword art online
Previous Post

LifeAfter berkolaborasi bersama Xiaomi untuk menyambut ulangtahun pertamanya di Asia Tenggara!

Next Post

Kenali game klasik lagenda Captain Tsubasa sebelum kehadiran Rise of New Champions!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kenali game klasik lagenda Captain Tsubasa sebelum kehadiran Rise of New Champions!

Kenali game klasik lagenda Captain Tsubasa sebelum kehadiran Rise of New Champions!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd