Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 Pasukan Esport paling popular di dunia 2022! MLBB dapat #2!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 4, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Fakta & Trivia, Senarai
0 0
0
10 Pasukan Esport paling popular di dunia 2022! MLBB dapat #2!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun 2022, terdapat banyak kejohanan Esport dengan pelbagai game dipertandingkan di seluruh dunia. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk mereka bersaing antara satu sama lain demi membuktikan kehebatan mereka. Jadi sekarang, saya akan menyenaraikan 10 pasukan Esport popular sepanjang tahun 2022!

Berdasarkan sumber daripada Esports Chart, mereka telah membahagikan statistik mengikut berapa banyak jumlah jam tontonan. Selain itu, saya ingin ingatkan, statistik ini tidak termasuk dengan data daripada servis pernstriman daripada China kerana perbezaan cara kiraan penontppn mereka. Esport Chart juga tidak mengambil kira statistik daripada kejohanan yang bergenre battle royale.

Berikut adalah senarai Pasukan Esport Popular 2022:

1. T1 (League of Legends)

Pasukan Esports nombor 1 paling popular di dunia ada tahun 2022 ialah T1 daripada Esports League of Legends. Mereka mendapat jam tontonan selama 112.93 juta jam tahun ini dengan jumlah penonton lebih daripada 5.14 juta orang. Pasukan ini menerima paling banyak tontonan semasa Grand Final League of Legends World Championship 2022, apabila T1 menentang DRX.

2. RRQ Hoshi (Mobile Legends)

Di tempat ke-2 ialah RRQ Hoshi, pasukan Mobile Legends daripada Indonesia. Pasukan ini mendapat tontonan sebanyak 88.2 juta jam dengan penonton seramai 2.8 juta. Mereka mendapat tontonan terbanyak ketika MPL ID Musim 9 yang lalu.

3. Natus Vincere (CS:GO)

Seterusnya ialah pasukan Esport yang bermain CS:GO, iaitu Natus Vincere (Na’Vi). Pasukan ini mendapat tontonan selama lebih 74.7 juta jam tontonan dengan 2.1 juta penonton. Tontonan terbanyak mereka adalah semasa kejohanan PGL Major Antwerp 2022.

4. DRX (League of Legends)

DRX berjaya mendapat jumlah jam siaran sebanyak 69.2 juta jam. Walau bagaimanapun, 63% daripada jumlah jam tontonan datang daripada hanya satu perlawanan, iaitu ketika mereka berlawan dengan T1 di Grand Final League of Legends World Championship 2022. Jumlah penonton puncak pada waktu itu mencecah 5.1 juta orang.

5. FaZe Clan (CS:GO)

Salah salah nama pasukan terkenal dalam CS:GO ialah FaZe Clan. Mereka berjaya menarik perhatian penonton dengan mendapat jumlah jam tontonan sebanyak 60.1 juta jam. Ketika bertanding, FaZe Clan berjaya menarik penonton sebanyak 261 ribu orang. Jumlah tersebut agak banyak dan mampu menempatkan pasukan ini di tempat ke-5 dalam senarai pasukan esport popular 2022.

6. Onic Esports (Mobile Legends)

Di tempat ke-6, kita sekali lagi melihat salah satu pasukan esport daripada Indonesia iaitu Onic Esports dari bahagian Mobile Legends. Mereka berjaya menarik jumlah penonton seramai 2.3 juta orang semasa MPL ID Musim 9. Bukan itu sahaja, pasukan ini juga mendapat jumlah jam tontonan sebanyak 56.2 juta jam oleh peminat game moba tersebut.

7. Gen.G Esports (League of Legends)

Kembali ke esport League of Legends, kita dapat lihat pasukan Gen.G Esports menduduki tempat ke-7 dalam senarai. Mereka telah ditonton selama 52.27 juta jam dengan penonton puncak lebih daripada 1.9 juta orang.

8. Evos Legends (Mobile Legends)

Di tempat ke-8, kita boleh lihat bahawa pasukan Evos Legends, salah satu pasukan esport terbesar di Indonesia masih berada di dalam senarai ini. Walaupun mereka gagal melayakkan diri ke Playoff MPL ID Musim 10. Ini menujukkan bahawa Evos Legends tetap dianggap sebagai salah sebuah pasukan popular sehingga kini dengan lebih daripada 51 juta jam tontonan oleh 2.8 juta orang.

9. G2 Esports (CS:GO)

Perlawanan G2 Esports di CS:GO nampaknya semakin diminati oleh para penonton. Mereka berhasil menarik 1.1 juta penonton dengan jam tontonan lebih 50 juta jam. Perlawanan paling popular daripada G2 Esports ini ialah semasa menetntang FaZe Clan dalam Kejohanan IEMC Katowice 2022.

10. DWG KIA (League of Legends)

Pasukan esport yang mendapat tempat ke-10 ialah pasukan daripada Korea Selatan, DWG KIA dari bahagian League of Legends. Mereka mendapat jumlah jam tontonan selama lebih 47 juta jam setakat tahun 2022. Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya menarik penonton seramai 1.6 juta orang.


Berikut adalah senarai pasukan-pasukan esport yang boleh dikatakan popular dengan mendapat jam tontonan yang banyak untuk tahun 2022. Jadi, dari kesemua senarai pasukan, apakah pasukan kegemaran anda? Boleh kongsi di ruangan komen di bawah.

Untuk membaca segala liputan kami tentang esport, boleh tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2022EsportsSenarai
Previous Post

Steam Awards 2022 – Elden Ring menang Game of the Year lagi!

Next Post

Evil Dead Rise Tampil Dengan Teaser Dan Poster Filem! Akan Ditayangkan April 2023!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Evil Dead Rise Tampil Dengan Teaser Dan Poster Filem! Akan Ditayangkan April 2023!

Evil Dead Rise Tampil Dengan Teaser Dan Poster Filem! Akan Ditayangkan April 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd