AnimeJapan 2022 akan berlangsung pada hujung minggu ini, dan sudah banyak juga siri anime yang akan memberikan pengumuman baru untuk siri masing-masing. Sempena acara tersebut, AnimeJapan telah membuka satu poll iaitu “adaptasi anime yang paling diingini” dengan 102 tajuk manga telah dicalonkan. Paling menarik sekali, disebabkan siri manhwa juga telah mendapat terjemahan dalam bahasa Jepun, jadi ia juga dicalonkan dalam poll tersebut dengan tajuk Jepun masing-masing. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat manga dan manhwa mana yang peminat paling inginkan adaptasi anime.
10. Kaiju no. 8

Seorang lelaki yang bekerja benda yang jauh berbeza dengan impian kanak-kanaknya, terperangkap dalam situasi yang tidak dijangka…! Menjadi raksasa, dia sekali lagi berhasrat untuk memenuhi impian seumur hidupnya…!
9. Wind Breaker

Ini adalah lagenda tentang bagaimana samseng Sakura bangkit untuk menjadi seorang wira! Fuurin High terkenal kerana mempunyai markah ujian terendah, dan pelajar terkuat. Musim bunga ini, Sakura Haruka memutuskan untuk menuju ke puncak Fuurin, dan mengetahui nama alias Fuurin High, iaitu ‘Boufuurin’, bertindak sebagai perisai pelindung untuk bandar dan penduduknya. Sakura menyertai kumpulan ini sebagai ahli, dan pertempurannya untuk melindungi bandar bermula!
8. The 100 Girlfriends Who Really, Really, Really, Really Love You

Selepas tamat sekolah menengah, Rentarou Aijou berjaya meluahkan perasaan kepada gadis yang dicintainya. Malangnya, dia ditolak dan itu kali ke-100 dia tolak berturut-turut. Penat kerana patah hati, dia pergi ke kuil mencari jodoh dan berdoa dengan harapan untuk mendapatkan teman wanita di sekolah menengah tinggi. Tiba-tiba, dewa kuil itu muncul, menjanjikan Rentarou bahawa dia akan bertemu seratus pasangan jiwa di sekolah menengah.
7. Cherry Magic! Thirty Years of Virginity Can Make You a Wizard?!

Pekerja pejabat, Kiyoshi Adachi telah menjalani hidup selama 30 tahun tanpa pernah melakukan seks. Disebabkan pencapaian yang mendalam ini, dia menjadi ahli sihir dengan kebolehan membaca fikiran melalui sentuhan fizikal. Walau bagaimanapun, dia berpendapat kemahiran yang baru diperolehnya itu adalah lemah dan menyebabkan dia tidak menyukai tempat yang sesak.
6. Solo Leveling

Terdapat banyak portal ke dunia lain. “Gates” ini telah menjadi sesuatu yang biasa, begitu juga dengan pemburu yang mencari duit dengan membunuh makhluk yang tinggal di dalamnya. Di antara pemburu ini, Sung Jinwoo ialah E-rank, yang paling lemah antara yang terlemah. Tetapi itu tidak akan menghalangnya daripada berusaha untuk menjadi lebih kuat untuk menyara orang yang tersayang.
5. My Idol’s Kid

Ai Hoshino yang berusia enam belas tahun adalah idola berbakat dan cantik yang dipuja oleh peminatnya. Dia adalah personifikasi seorang gadis muda yang baik, tetapi segala-galnya bukan baik seperti yang dibayangkan.
Gorou Honda ialah pakar sakit puan luar bandar dan peminat setia Ai. Apabila idola yang hamil itu muncul di hospitalnya, dia berjanji untuk berikan layanan terbaik tetapi dia telah mati atas sebab misteri. Lebih mengejutkan lagi apabila dia dilahirkan semula sebagai anak idolanya itu.
4. Magu-chan: God of Destruction

God of Destruction, Magu Menueku telah dipanggil oleh Chaos Cult. Harapan terakhir manusia ialah Holy Knight yang mulia! Pertempuran untuk menyelamatkan manusia…berlaku ratusan tahun yang lalu… Tetapi kini seorang gadis di negara bernama Ruru melepaskan Magu yang telah terperangkap dalam permata ajaib! Adakah Magu-chan akan menyebabkan dunia ini menjadi huru-hara? Siri komedi yang menyentuh hati dan merosakkan ini sedia untuk meletup ke tempat kejadian!
3. Nito and Tazuka’s Daily Life

Nito dan Tazuka adalah kawan sejak kecil dan rakan sekelas. Tazuka secara luarannya dingin, tetapi bagi Nito dia adalah orang yang baik dan boleh dipercayai. Walaupun mereka mempunyai laluan kerjaya yang berbeza, mereka senang bergaul, atau itulah yang difikirkan Nito selama ini apabila Tatsuka menaku bahawa dia menyukainya… Nito juga suka Tazuka, tetapi bukan perasaan yang sama . Adakah mereka dapat memulihkan hubungan mereka sebagai kawan?
2. Who Made Me a Princess

Athanasia yang cantik itu dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri, Claude de Alger Obelia, maharaja berdarah dingin! Ia hanya cerita mengarut sebelum tidur… sehingga seorang wanita bangun dan mendapati dia telah menjadi puteri malang itu! Dia memerlukan rancangan untuk teruskan hidupnya, dan masa semakin suntuk. Adakah dia akan pergi dengan Plan A, hidup senyap tanpa disedari oleh maharaja yang terkenal itu? Pelan B, kumpul wang yang cukup untuk melarikan diri dari istana? Atau adakah dia akan terperangkap dengan pelan C, berada pada sisi baik bapanya?!
1. Senpai is a Boy

Makoto Hanaoka, seorang pelajar perempuan tahun dua, mudah menarik perhatian orang lain. Pelajar tahun satu Saki Aoi tidak terkecuali, dan dia jatuh cinta dengan Makoto pada pandangan pertama. Mempunyai personaliti yang bersemangat dan bertenaga, dia tidak teragak-agak untuk meluahkan perasaannya kepada seniornya itu. Walau bagaimanapun, Makoto sebenarnya berbeza daripada apa yang disangkakan. Dia bukanlah seorang gadis tetapi seorang lelaki!
Boleh tahan juga undian peminat Jepun. Boleh nampak juga pelbagai cerita menarik dalam senarai teratas ini. Mana satu antara 10 tajuk ini yang korang nak sangat tengok adaptasi anime? Boleh kongsi di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: ANN, Comic Natalie
@gamersantaimy
Discussion about this post