Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

10 kematian ANIME paling TRAGIK pada dekad ini! Sediakan tisu!

Adakah anda bersedia untuk info ini?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2020 - Updated on March 3, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
10 kematian ANIME paling TRAGIK pada dekad ini! Sediakan tisu!
Share on FacebookShare on Twitter

Kematian itu memang pasti dan menyedihkan tetapi kita tidak akan benar-benar bersedia sehingga ia berlaku kepada seseorang yang kita kenali … ataupun kepada watak kegemaran anime anda. Manga–manga terkenal Jepun akan membina seorang watak, dan membuat pembaca terasa terikat dengan watak tersebut, lalu membunuh dia secara tiba-tiba. Betul kan? Itulah hakikatnya.

Naruto Shippuden Naruto Uzumaki GIF from Narutoshippuden GIFs

Kematian seorang watak adalah alat yang berkuasa dalam anime. Kadang-kala mereka akan hidup semula dan kematiannya hanya untuk memberi kejutan manakala masa lain, ia menjadi nyata dan fakta bahawa kematian watak kegemaran mesti mengganggu emosi pembaca. Kini, ia menjadi trend popular yang semakin bertambah dalam anime. Marilah kita lihat beberapa kematian anime paling tragik dan sedih pada dekad ini! Jangan nangis tau..

Hyuga Neji (Naruto Shippuden)

Malangnya, kematian Jiraiya berlaku pada tahun 2000-an jadi kami tidak dapat meletakkannya di senarai. Walau bagaimanapun, satu lagi kematian tragik di dalam siri Naruto ialah Hyuga Neji. Pada mulanya, Neji muncul sebagai pencabar yang berlagak dan menjadi musuh kepada Naruto. Dia agak serupa dengan Sasuke kerana dia adalah sebahagian daripada puak ninja elit dan ingin menunjukkan dominasinya. Walau bagaimanapun, Neji membuktikan bahawa dia lebih daripada seorang kawan kepada Naruto. Dia sanggup melindungi kedua-dua Hinata dan Naruto daripada serangan Bijuu ekor-Sepuluh. Neji tidak terselamat dan mati selepas menerima kecederaan parah. Kematian Neji adalah sesuatu yang memang tidak dijangka dalam manga mahupun anime.

Carla Jaeger (Attack on Titan)

Apabila kita cakap tentang kematian yang traumatik dan jijik, tidak banyak anime yang dapat mengatasi Attack on Titan. Terlalu ramai manusia yang dimakan secara mengerikan oleh raksasa-raksasa besar dan hodoh tersebut. Dalam salah satu adegan paling brutal dalam anime, ibu Eren dan Mikasa, Carla Jaeger telah dimakan hidup-hidup oleh oleh seorang titan. Melihat kematian seseorang yang baik dan tidak bersalah dalam cara yang keji dan zalim menjadi salah satu aspek utama dalam Attack on Titan. Sama seperti mental Eren yang terganggu, ia mungkin merosakkan minda banyak penonton di rumah.

Igneel (Fairy Tail)

Naga api daripada Fairy Tail, Igneel adalah seseorang yang rapat di hati Natsu Dragneel. Dia mempunyai tanggungjawab sebagai bapa angkat Natsu dan membantunya menjadi ahli sihir yang kuat. Malangnya, Igneel perlu membantu Natsu melawan naga yang lebih kuat bernama Acnologia dan pertarungan ini berakhir dengan kematian Igneel. Berita yang agak sedih kerana Igneel adalah Fire Dragon King dan seseorang yang dipandang tinggi oleh semua, terutamanya Natsu. Sekurang-kurangnya, Igneel masih dapat berkongsi beberapa kata-kata terakhir dan semangat dengan Natsu sebelum dia meninggal dunia.

Miki Makimura (Devilman Crybaby)

Ini adalah salah satu anime yang paling zalim dalam sejarah! Daripada animasi dan watak pun kita boleh tahu. Sesetengah kematian dalam Devilman Crybaby tidaklah begitu mengejutkan kerana kita memang tahu anime ini ganas tetapi kematian watak Miki Makimura mungkin menjadi sesuatu yang susah untuk dilupakan bagi peminat. Miki adalah salah satu watak paling baik dalam anime ini dan cuba menenangkan sekumpulan orang gila yang menganggap Miki adalah syaitan yang perlu dihapuskan. Walaupun Miki percaya bahawa mereka tidak akan mencederakannya, akhirnya dia ditikam di tulang belakang dengan pisau sebelum dipenggal dan dipotong mati. Perlu ke saya jelaskan lagi?

Kaori Miyazono (Your Lie in April)

Kematian Kaori di anime Your Lie in April bukanlah kejutan pertama. Yang pertama adalah apabila penonton mendapat tahu bahawa dia sedang menderita daripada penyakit yang susah untuk dirawat dan mempunyai tempoh masa yang pendek untuk hidup. Berita ini memang mengecewakan kerana anime ini memperkenalkan dia sebagai seorang baik dan optimis dalam apa-apa situasi. Jadi kita semua tahu yang akhirnya dia akan meninggal. Adakah berita ini tidak mengejutkan lagi? Adakah kita akan kurang sedih? SALAH! Automatik air mata anda akan mengalir lagi jadi siap sedialah untuk satu lagi sesi sedih semasa kematian Kaori.

Yuuki Asuna (Sword Art Online)

Yang ini, bukanlah kematian yang betul kerana Asuna di dunia sebenar masih hidup. Cuma ia masih mengejutkan. Kematian ini berlaku apabila Kirito bertarung dengan Akihiko Kayaba. Akihiko sudah bersedia untuk membunuh Kirito tetapi Asuna menghalang serangan ini dengan badannya. Aksi ini mengakibatkan kematian avatar Asuna. Sekali lagi saya ingatkan! Hanya watak virtual Asuna yang meninggal dunia dalam Sword Art Online! Walau bagaimanapun, ia masih menjadi kematian yang agak tragik kerana saya tidak jangka bahawa Asuna yang akan mati; sedangkan Kirito yang sibuk berlawan.

Jonathan Joestar (Jojo’s Bizarre Adventure)

JoJo’s Bizzare Adventure biasanya dipenuhi dengan adegan watak-watak macho dan pertarungan aneh tetapi ketika Jonathan Joestar mengorbankan dirinya, pasti ramai yang sedih. Jonathan dan isterinya Erina baru sahaja memulakan kehidupan baru di atas kapal ketika Dio tiba-tiba datang dan ingin mengambil alih tubuh hero kami. Jonathan Joestar bernekad untuk menyelamatkan keluarganya, lalu bertarung dengan Dio sehingga dimakan api atas kapal. Kata-kata terakhir Jonathan kepada Dio pun agak dramatik memandangkan mereka mempunyai sejarah yang lama bersama. Akhirnya, keluarga Jonathan berjaya diselamatkan berikutan pengorbanannya.

Meiko Honma (Anohana)

Pada permulaan anime pun, Meiko Honma (Menma) sebenarnya tidak hidup kerana dia adalah seorang hantu. Kadang-kala, watak-watak lain pun merujuk hantu Menma sebagai manifestasi stres mereka. Ini tidak menyedihkan Menma, sebaliknya membakar semangat dalam dirinya untuk menangani masalah dalam cara yang positif. Kita mempunyai kesimpulan yang sangat sedih di penghujung apabila Menma harus mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya kerana akhirnya dia tidak terikat lagi di bumi. Bagi saya, adegan ini pun boleh dianggap sebagai “meninggal dunia”. Walaupun Menma meninggalkan kawan-kawannya dalam cara yang gembira dan memuaskan, saya sendiri tidak boleh menahan air mata ketika watak dengan perwatakan sedemikian harus pergi.

Ryouko Fueguchi (Tokyo Ghoul)

Ryouko Fueguchi adalah salah satu watak paling kesian di anime Tokyo Ghoul. Walaupun berubah menjadi ghoul yang memakan manusia, Ryoko hanya mahu kehidupan keluarga yang normal dan masih seorang ibu yang hanya mahu melindungi anaknya. Dia juga tidak suka memburu manusia, tidak seperti ghoul yang jahat. Berita sedih ialah campurtangan daripada manusia dan ghoul jahat telah berjaya menghancurkan keluarga Ryoko. Ini mengakibatkan kematiannya, lalu meninggalkan anak perempuannya Hinami terdedah kepada dunia kejam. Walaupun pada saat-saat terakhirnya, hati dan jiwa Ryoko kekal murni dan tidak dirosak oleh dunia kejam di sekelilingnya.

Portgas D. Ace (One Piece)

Ace adalah antara watak paling legenda dalam siri One Piece dan merupakan abang tiri kepada Luffy dan Sabo. Masing-masing telah memulakan pengembaraan untuk mencapai matlamat mereka sendiri tetapi dalam salah satu pertemuan antara Ace dan Luffy, kedua-duanya menghadapi Admiral Akainu. Luffy hampir dibunuh tetapi Ace melindunginya dan menahan serangan maut Akainu. Ini adalah senario yang sama dengan apa yang berlaku kepada Neji dan sesuatu yang mengejutkan ramai peminat. Selepas memberi ucapan menyayat hati, Ace akhirnya menghembus nafas terakhir. Kematiannya Ace benar-benar memberi impak kepada Luffy dan dia berazam untuk menjadi lebih kuat. Adegan ini terukir di memori peminat sebagai salah satu saat paling sedih dalam siri One Piece.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAnohanaAttack on TitanDevilman CrybabyFairy TailJojo's Bizarre Adventurekematiannarutoone piecesedihsword art onlineTokyo GhoulYour Lie in April
Previous Post

Jadi Hero di sekolah anda! VALTHIRIAN ARC: HERO SCHOOL STORY akan datang 24 Mac 2020 ke PlayStation 4!

Next Post

Kenali hero yang terkuat dalam One Punch Man! Walaupun tak sekuat Saitama~

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kenali hero yang terkuat dalam One Punch Man! Walaupun tak sekuat Saitama~

Kenali hero yang terkuat dalam One Punch Man! Walaupun tak sekuat Saitama~

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd