Game mobile memang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira umur dan sebagainya. Anime juga telah mula diminati ramai sejak zaman PKP yang berlaku pada 2020. Jadi kami terfikir, apa game mobile bertemakan anime yang paling banyak orang Malaysia download dan mainkan?
Ya, kami tahu ada game seperti Genshin Impact dan Honkai tetapi itu bukanlah game yang mendapat tempat pertama di Malaysia! Terkejut juga apabila kami melihat data daripada App Magic. Kalau anda ingin tahu game anime tersebut, jom kami senaraikan!
1. SAKURA School Simulator

Game bertemakan anime yang paling banyak orang Malaysia download rupa-rupanya game SAKURA School Simulator oleh Garusoft Development Inc. Dilepaskan sejak Oktober 2018, game tersebut telah dimuat turun sebanyak 4 juta kali oleh rakyat Malaysia! Patutlah banyak sahaja klip berkenaan game ini muncul di saluran Youtube pemain di Malaysia. Pelbagai kandungan video yang kreatif telah dihasilkan oleh peminat game simulator ini.
2. Genshin Impact

Seterusnya kita ada Genshin Impact daripada HoYoverse. Dengan pelbagai acara offline diadakan di Malaysia seperti HoYo Fest, pameran di acara ACG, boleh dikatakan game ini cukup terkenal dalam kalangan Malaysia. Siap ada iklan yang ditayangkan melalui saluran tempatan seperti TV3. Jadi tidak peliklah mengapa game ini antara game mobile bertemakan anime yang banyak dimuat turun oleh orang Malaysia.
3. Gacha Life

Selepas itu, kita ada game Gacha Life, sebuah game RPG popular yang dibangunkan oleh Lunime Inc. Game ini memberi kebebasan kepada pemainnya untuk mereka avatar anime tersendiri. Terdapat mini game yang boleh dimainkan dalam game ini. Tetapi itu bukanlah ciri popular Gacha Life.
Apa yang membuatkan Gacha Life popular adalah Studio Mode yang membenarkan penggunanya menghasilkan scene tersendiri. Kalau anda pergi cari nama game ini di platform media seperti Youtube dan TikTok, anda akan menjumpai kandungan video kreatif oleh penggunanya. Ada juga yang menghasilkan avatar seperti watak anime popular dan hasilkan senario mereka tersendiri.
4. NARUTO X BORUTO NINJA VOLTAGE

Siapa sahaja tidak minat dengan Naruto, betul tidak? Game anime NARUTO X BORUTO NINJA VOLTAGE telah dimuat turun sebanyak 2 juta kali oleh pemain mobile di Malaysia. Dengan kandungan tambahan daripada siri BORUTO, sudah tentu lebih banyak perkara yang boleh dilakukan di kampung yang anda sendiri bangunkan.
Untuk tempat keempat sehingga ke-10, anda boleh lihat sendiri data melalui gambar di bawah.

Lihat daripada senarai di atas, hanya ada empat game sahaja yang betul-betul datang daripada francais anime, game-game lain hanyalah menggunakan gaya watak bertemakan anime. Anda pula ada main game yang disenaraikan di atas? Kalau ada, yang mana satu? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen!
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post