Bagi para profesional kreatif, sebuah laptop yang kuat dan boleh dipercayai bukan sekadar alat, tetapi sambungan kepada visi kreatif mereka. ASUS, melalui siri ProArt, memenuhi keperluan golongan ini dengan menawarkan rangkaian laptop yang direka khas untuk menangani cabaran dalam penciptaan kandungan, daripada penyuntingan video dan pemodelan 3D hingga reka bentuk grafik dan seni digital.
Di sini, kami akan membandingkan tiga model ProArt – P16 (H7606), PX13 (HN7306), dan PZ13 (HT5306) – untuk membantu anda mencari rakan kreatif yang sesuai.
ProArt P16: Workstation yang Hebat

ProArt P16 (H7606) adalah mesin berprestasi tinggi untuk pencipta kandungan yang memerlukan kuasa maksimum. Dengan pemproses AMD Ryzen AI 9 HX 370 yang mempunyai 12-core dan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4070, ia mampu menangani tugas berat seperti pemodelan 3D, penyuntingan video, dan simulasi dengan mudah.
Paparan 16-inci 4K ASUS Lumina OLED dengan 100% warna DCI-P3 memastikan visual menakjubkan. Dengan RAM 32GB LPDDR5X dan storan PCIe 4.0 2TB, P16 menawarkan multitasking lancar dan akses pantas kepada fail besar. Walaupun kurang mudah alih, tumpuan pada kuasa mentah dan skrin luas menjadikannya workstation sempurna bagi mereka yang mementingkan prestasi.

ProArt PX13: Laptop Kreator Mudah Alih yang Serbaguna

ProArt PX13 (HN7306) menggabungkan prestasi dan keupayaan mudah alih dalam reka bentuk 2-dalam-1 yang boleh ditukar. Dilengkapi dengan AMD Ryzen AI 9 HX 370 dan NVIDIA GeForce RTX 4060 Laptop GPU, ia dapat menangani tugas kreatif dan gaming ringan dengan cekap.
Paparan 13.3-inci 3K OLED touchscreen dengan sokongan stylus dan keupayaan untuk beralih antara mod laptop dan tablet menjadikannya ideal untuk artis digital dan pereka. Dengan RAM 32GB LPDDR5X dan storan PCIe 4.0 1TB, PX13 memberikan pengalaman multitasking lancar dan ruang storan mencukupi. Ringan dan fleksibel, PX13 adalah pilihan terbaik untuk “creator” yang sering bergerak.

ProArt PZ13: Tablet Ultraportable

ProArt PZ13 (HT5306) ialah tablet 2-dalam-1 yang boleh ditanggalkan, direka khas untuk “creator” yang kerap bergerak. Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon X Plus, ia menawarkan prestasi baik untuk tugas harian dan kerja kreatif ringan, dengan jangka hayat bateri luar biasa sehingga 21 jam.
Papan kekunci yang boleh ditanggalkan dan sokongan stylus menjadikannya sempurna untuk melukis, mencatat nota, dan penyuntingan imej ringan. Walaupun kurang sesuai untuk pemodelan 3D berat, RAM 16GB LPDDR5 dan storan PCIe 1TB memberikan kapasiti yang mencukupi untuk aliran kerja kreatif mudah alih. Reka bentuknya yang ringan dan kecekapan tinggi menjadikan PZ13 sebagai rakan kreatif mudah alih yang ideal.

ProArt ASUS Mana Yang Sesuai Untuk Anda?
Pilihan laptop ProArt yang tepat bergantung kepada keperluan dan keutamaan anda:
- Jika kuasa mentah adalah keutamaan dan mudah alih bukan keutamaan, pilih ProArt P16 pada harga RM12,999. Dengan CPU dan GPU yang kuat, ia adalah workstation sebenar untuk tugas kreatif berat.
- Jika anda memerlukan mesin yang seimbang antara prestasi dan mudah alih, ProArt PX13 pada harga RM9,999 adalah pilihan terbaik. Reka bentuk 2-dalam-1, sokongan stylus, dan perkakasan yang hebat menjadikannya alat kreatif serba guna.
- Jika mudah alih dan jangka hayat bateri menjadi keutamaan, ProArt PZ13 pada harga RM6,999 adalah rakan kreatif sempurna. Reka bentuknya yang ringan, papan kekunci yang boleh ditanggalkan, dan bateri tahan lama menjadikannya ideal untuk kreator yang sering bergerak.
@gamersantaimy
Discussion about this post