Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero: – Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, Panduan, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Zenless Zone Zero: – Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0
Share on FacebookShare on Twitter

Update besar Versi 2.0 untuk Zenless Zone Zero akhirnya tiba, memperkenalkan pelbagai kandungan baharu termasuk Agent yang boleh dimainkan, W-Engine yang berkuasa, rakan Bangboo unik, serta Drive Disc yang direka khas. Berikut adalah ringkasan menyeluruh mengenai segala yang dibawa dalam update terkini ini.

Agent Baharu

  • Yixuan: Yixuan ialah Agent S-Rank Ether Rupture yang debut dalam Fasa 1 update 2.0. Dia merupakan ketua puak baharu yang dikenali sebagai Yunkui Summit, dan juga seorang Wayseeker. Walaupun kuasanya setara dengan Agent Void Hunter seperti Hoshimi Miyabi, dia bukan salah seorang daripada mereka.
  • Ju Fufu: Ju Fufu pula ialah Agent S-Rank Fire Stunyang akan dilancarkan dalam Fasa 2. Diperkenalkan buat pertama kali semasa pelancaran Geppetto dalam Versi 1.6, Ju Fufu ialah seekor Tiger Thiren yang merantau ke Hollow Zero untuk mencari tuannya, Yixuan.
  • Pan Yinhu: Pan Yinhu ialah Agent A-Rank Physial Defense yang hadir bersama Yixuan dalam Fasa 1. Beliau ialah Panda Thiren yang dikenali kerana kegemarannya terhadap makanan, dan membawa watak Support dalam pertempuran.

W-Engine Baharu

S-Rank

  • Qingming Birdcage (signature Yixuan): Meningkatkan CRIT Rate sebanyak 20%. Bila EX Special Attack digunakan, watak akan menerima efek “Qingming Companion” (boleh dikumpul sehingga 2 kali dan bertahan 15 saat). Dua stack diberikan secara automatik apabila memasuki pertempuran, dan setiap stack meningkatkan Ether DMG sebanyak 8%, serta menaikkan Ether Sheer DMG untuk Ultimate dan EX Special Attack sebanyak 10%.
  • Roaring Fur-nace (signature Ju Fufu): Meningkatkan Daze dari EX Special Attack, Chain Attack, dan Ultimate sebanyak 28%. Apabila Fire DMG diberikan melalui Chain Attack atau Ultimate, seluruh skuad menerima peningkatan DMG sebanyak 10%. Efek ini boleh ditindih sehingga 2 kali dan bertahan selama 30 saat, dengan tempoh setiap stack dikira secara berasingan. Hanya satu efek ini dibenarkan dalam satu skuad.

A-Rank

  • Tremor Trigram Vessel (signature Pan Yinhu): Meningkatkan DMG dari EX Special Attack dan Ultimate sebanyak 25%. Jika mana-mana ahli skuad menerima DMG atau dipulihkan, pengguna akan memperoleh 2 Energy. Efek ini hanya boleh dicetuskan setiap 5 saat.
  • Radiowave Journey (W-Engine Rupture dari Battle Pass New Eridu City Fund): Apabila melancarkan Chain Attack atau Ultimate, pengguna memperoleh 1 stack buff. Setiap stack menaikkan Sheer Force sebanyak 80, boleh dikumpul sehingga 3 kali dan bertahan selama 12 saat.
  • Puzzle Sphere (W-Engine Rupture baharu): Menggunakan EX Special Attack akan meningkatkan CRIT DMG sebanyak 16% selama 12 saat. Jika HP musuh berada di bawah 50%, DMG daripada EX Special Attack ditingkatkan lagi sebanyak 20%.

Bangboo Baharu: Belion

  • Active Skill: Melontarkan bola batu ke arah musuh, yang akan memantul antara musuh dan memberikan Physical DMG yang besar.
  • Abiliti Tambahan: Jika terdapat sekurang-kurangnya seorang watak dari puak Yunkui Summit dalam skuad, DMG Belion akan meningkat sebanyak 50%. Apabila mana-mana Agent mengaktifkan Ultimate, masa cooldown untuk Active Skill dikurangkan sebanyak 4 saat (boleh dicetus sehingga dua kali). Menggunakan Active Skill juga akan menyegarkan semula bilangan pencetus yang tersedia.
  • Chain Attack: Melakukan serangan berputar ke arah musuh di hadapan, memberikan Physical DMG yang besar.

Drive Disc Baharu

  • Yunkui Tales
    • 2-pc: Meningkatkan HP sebanyak 10%.
    • 4-pc: Menggunakan EX Special Attack, Chain Attack atau Ultimate akan meningkatkan CRIT Rate sebanyak 4% selama 15 saat, boleh dikumpul sehingga 3 kali. Apabila kesemua 3 stack dikumpul, Sheer DMG meningkat sebanyak 10%.
  • King of the Summit
    • 2-pc: Meningkatkan Daze DMG sebanyak 6%.
    • 4-pc: Jika pengguna ialah watak jenis Stun dan menggunakan EX Special Attack atau Chain Attack, seluruh skuad mendapat peningkatan CRIT DMG sebanyak 15%. Jika CRIT Rate pengguna mencecah 50% atau lebih, tambahan 15% CRIT DMG diberikan, bertahan selama 15 saat. Efek ini tidak boleh ditindih dengan pasif yang sama.

Material Baharu

  • Exuvia of Refinement
  • Higher Dimensional Data: Miasmic Elytron

Zenless Zone Zero 2.0 tersedia sekarang di PC (Epic Games Store, HoYoPlay), PlayStation 5, iOS, Android, dan Xbox Series X/S. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi.

Untuk rujuk panduan lain bagi versi ini, sila tekan mana-mana pautan di bawah:

  • Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?
  • Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum
  • Panduan Lengkap untuk Yixuan
  • Panduan Lengkap Untuk Pan Yinhu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Lengkap Untuk Yixuan

Next Post

Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum

Zenless Zone Zero 2.0 - Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd