Dengan pelancaran kemas kini Zenless Zone Zero versi 2.0, dua Agent S-Rank hebat muncul dalam banner: Yixuan, watak terhad yang baharu, dan Astra Yao, Support terbaik yang kini kembali. Memandangkan kedua-dua watak Zenless Zone Zero ini sangat digemari dan mempunyai prestasi tinggi, ramai pemain mungkin tertanya-tanya – cukupkah Polychrome yang ada untuk mendapatkan kedua-duanya?
Jangan risau. Panduan ini akan menyenaraikan semua sumber Polychrome yang boleh dikumpul dalam Zenless Zone Zero 2.0, termasuk beberapa yang mungkin terlepas pandang tetapi masih boleh diperoleh.
Sama ada anda pemain veteran, baru mula bermain, atau kembali semula untuk 2.0, panduan ini akan membantu anda kumpul Polychrome dengan lebih efisien.
Jumlah Anggaran Polychrome dalam Versi 2.0
(Tidak muktamad—ganjaran acara berdasarkan anggaran dan mungkin berbeza dalam keluaran rasmi)
- Ganjaran Log Masuk (Fasa 1 & 2): 3,200 Polychrome
- Bonus Log Masuk Anniversary: 1,600 Polychrome
- Main Story Versi 2.0 + Agent Story: 1,200 Polychrome
- Peta Baharu + Peti + Achievement: 1,000 Polychrome
- Suibian Temple (Business Sim): 1,200 Polychrome
- Update Hollow Zero: 2,100 Polychrome
- Main Event + 5 Sub-Event: 3,000 Polychrome
- 4 Trial Character + 2 Cooperation Exercise: 100 Polychrome
- Tugas Harian + Mingguan (Lebih 40 Hari): 2,760 Polychrome
- 3 Crisis Assault + Shiyu Defense (Bintang Penuh): 3,060 Polychrome
- Hollow Zero Bounty 6 Minggu: 960 Polychrome
- Daily Divination: 300 Polychrome
- Pampasan Update Maintenance: 600 Polychrome
- Signal Echoes Julai: 800 Polychrome
- Signal Echoes Jun: 800 Polychrome
- Jumlah Anggaran Polychrome: 22,680 (~142 pull)
Sumber Polychrome Tambahan yang Mungkin Anda Terlepas
- Compendium – Bahagian Tactics: Sekurang-kurangnya 300 Polychrome boleh dikumpul di sini.

- Latihan Cooperation: Setiap latihan memberikan 10 Polychrome, jadi jangan lepaskan.

- Peringkat Hard Mode dalam HDD: Walaupun Mod Easy boleh diselesaikan melalui jalan cerita, Mod Hard memberi 20 Polychrome setiap peringkat—boleh cepat terkumpul jika dilakukan secara konsisten.

- Mini Achievement Ridu Journey: Kebanyakannya sangat mudah—cuma perlu jelajah kawasan sekitar New Eridu!

- Ganjaran Trust + Wish Event: Jangan lupa hantar mesej kepada Agent anda untuk tingkatkan kepercayaan mereka. Luangkan masa bersama mereka untuk melengkapkan Wish Event.


- Hollow Zero (Lost Lands, Withered City, Fault Mysteries): Terdapat banyak log, tugasan dan Power Adaptation. Anda boleh selesaikan banyak peringkat walaupun belum cukup kuat.


- Misi MewMew: Setiap peta ada tugasan MewMew yang memberikan ganjaran lumayan—berbaloi diselesaikan.

- God Finger Arcade: Mini game ini juga menyumbang kepada pencapaian. Selain menyeronokkan, ia juga memberi peluang tambah Polychrome dengan mudah.


Zenless Zone Zero 2.0 tersedia sekarang di PC (Epic Games Store, HoYoPlay), PlayStation 5, iOS, Android, dan Xbox Series X/S. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi.
Untuk rujuk panduan lain bagi versi ini, sila tekan mana-mana pautan di bawah:
- Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?
- Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0
- Panduan Lengkap untuk Yixuan
- Panduan Lengkap Untuk Pan Yinhu
@gamersantaimy
Discussion about this post