ASUS Malaysia telah membawa Zenbook 14 OLED (UX3405) serba baharu, sebuah laptop ultraportable premium dalam siri Zenbook Classic, yang juga merupakan laptop Intel® Core Ultra berkuasa AI pertama di Malaysia.
Zenbook 14 OLED ialah laptop ultraportable Edisi Intel® Evo terbaik yang membawa kecanggihan ke tahap yang baharu. Pengguna boleh menggunakannya hampir sepanjang hari dengan bateri 75 Wh yang dipertingkatkan dan menguatkan kecekapan mereka dengan pemproses Intel® Core Ultra 7 dan grafik Intel Arc dan mencapai ketersambungan yang lancar melalui semua port I/O yang penting – termasuk dua Thunderbolt 4, USB 3.2 Gen 1 Type-A, HDMI® 2.1 (TMDS) dan audio jack 3.5 mm.

Pengalaman audiovisual yang mengasyikkan disediakan oleh paparan 3K ASUS Lumina OLED 120 Hz yang terang dan speaker super-linear baharu yang berkuasa dan reka bentuk mesra pengguna menggabungkan log masuk muka yang mudah, kamera IR FHD dengan shutter fizikal untuk privasi. Tidak dilupaknan juga dengan keyboard senyap baharu ASUS ErgoSense.
Reka bentuk baharu ini menawarkan kemampanan yang lebih baik dengan penggunaan meluas bahan kitar semula untuk laptop dan pembungkusannya dan ujian ketahanan gred tentera AS memaksimumkan hayat perkhidmatan peranti.

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) akan tersedia di seluruh Malaysia dengan dua varian. Zenbook 14 OLED (UX3405) yang dikuasakan oleh pemproses Intel® Core Ultra 7 155H, dilengkapi dengan 32GB RAM dan storan 1TB PCIe 4.0 akan tersedia pada harga RM 5,999.
Varian berkuasa Intel® Core Ultra 5 125H dengan 16GB RAM dan storan 512GB boleh didapati dengan harga RM 4,499. Kedua-dua varian yang dinyatakan di atas datang dalam kemasan Ponder Blue dan tersedia mulai hari ini. Sementara itu pilihan warna Foggy Silver akan ditawarkan di Malaysia pada masa akan datang.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk ASUS daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post