Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

YU-GI-OH! World Championship 2023 Kembali, Akan Bermula Pada 5 Ogos Ini!

Maira by Maira
April 18, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Game
0 0
0
YU-GI-OH! World Championship 2023 Kembali, Akan Bermula Pada 5 Ogos Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Game kad terkenal, Yu-Gi-Oh akan kembali dengan kejohanan dunia tidak lama lagi! Kali terakhir kejohanan ini berlangsung pada tahun 2019. Diumumkan oleh Konami Digital Entertainment Limited (KONAMI), YU-GI-OH! World Championship 2023 (Yu-Gi-Oh! WCS 2023) akan berlangsung pada 5-6 Ogos di Tokyo Big Sight (Tokyo International Exhibition Centre) di Jepun!

Yu-Gi-Oh! WCS 2023 akan menampilkan tiga kejohanan berasingan untuk Yu-Gi-Oh! OFFICIAL CARD GAME, Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS dan, buat kali pertama, Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL.

Bukan setakat itu sahaja, KONAMI juga telah mengumumkan butiran penting tentang pusingan kelayakan untuk Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS dan Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL. Semua Duelist akan dapat bersaing dalam game untuk Yu-Gi-Oh! WCS 2023 Qualifiers untuk peluang bertarung dalam kejohanan secara berhadapan.

Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL WCS 2023 Qualifiers bermula 16 Mei, manakala Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS WCS 2023 Qualifiers bermula 30 Mei. Anda boleh lihat jadual penuh untuk WCS 2023 Qualifiers untuk kedua-dua tajuk game di bawah:

  • Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL 1st Stage – 12:00, 16 Mei – 11:59, 29 Mei(UTC+8)
  • Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL Regional Qualifiers – 13:00 26 Mei – 11:59, 29 Mei (UTC+8)
  • Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS 1st Stage – 15:30, 30 Mei – 12:59, 12 Jun (UTC+8)
  • Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS Regional Qualifiers – 13:00, 9 Jun – 12:59, 12 Jun (UTC+8)

Format untuk “Yu-Gi-Oh! MASTER DUEL” WCS 2023 Finals akan menjadi Team Battle, dengan lapan pasukan dibentuk daripada Duelist terkuat di seluruh dunia bertarung untuk memenangi Kejohanan.

Kelayakan terakhir (DUELIST CUP 2023) untuk menentukan wakil Duelist Asia untuk Yu-Gi-Oh! OCG WCS 2023 akan diadakan di China pada 17 Jun di Flagship Store ”Duelist Land” di Shanghai dan diadakan di tujuh negara dan wilayah Asia lain pada 1 Julai di Pusat Konvensyen Raffles City di Singapura. Kemudian, tiga Duelist yang layak dari lapan negara dan wilayah Asia akan diberikan hak untuk menyertai Yu-Gi- Oh! OCG WCS 2023.

Kalau anda berminat, boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Yu-Gi-Oh daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Yu-Gi-Oh!Yu-Gi-Oh! WCS 2023YU-GI-OH! World Championship 2023
ShareTweetSend
Previous Post

Black Clover 357 – Jack Gunakan Magic Terakhir, Perlawanan Yami Bersama Morgen Akan Bermula!

Next Post

Valorant umum mode baru Premier – Ujian Beta bermula 25 April ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Valorant umum mode baru Premier – Ujian Beta bermula 25 April ini!

Valorant umum mode baru Premier - Ujian Beta bermula 25 April ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd