TCG atau Trading Card Game merupakan satu bentuk game yang melibatkan kad dan juga salah satu hobi yang menjadi kegemaran untuk sesetengah orang. Terdapat banyak kad TCG yang terkenal dalam kalangan pemain seperti, Vanguard, Pokemon, Magic: The Gathering dan semestinya Yu-Gi-Oh. Baru-baru ini, selepas pelancaran Yu-Gi-Oh Master Duel, TCG untuk francais ini semakin mendapat populariti setelah bertahun lamanya.

Melalui maklumat di Google Trends, populariti game Yu-Gi-Oh Master Duel telah mempengaruhi game Yu-Gi-OH TCG. Ramai orang yang mula mencari kata kunci yang berkaitan dengan Yu-Gi-Oh Trading Card Game melalui platform tersebut. Ia telah menyebabkan search traffic untuk game kad tersebut meningkat bermula Januari yang lalu. Anda boleh lihat screenshot dibawah untuk melijat peningkatan trend pencarian untuk kad tersebut.

Bukan setakat itu sahaja yang menyebabkan peningkatan trend tersebut. Ramai pemain yang mencari deck manakah yang paling popular dan meta untuk digunakan dalam perlawanan dalam talian. Deck yang telah dibina untuk pertandingan dikongsikan di pelbagai laman web untuk menjadi rujukan duelist terbaru yang ingin berjinak dalam game kad ini.

Untuk anda yang tidak mengenali apa itu game Yu-Gi-Oh! Master Duel, ia merupakan sebuah game yang diilhamkan daripada siri anime dengan nama yang sama. Ia memaparkan kesemua kad yang pernah muncul dalam TCG dan siri anime. Malah memberikan pemain pengalaman berbeza kerana kesemua generasi deck francais telah dihimpunkan dalam game tersebut. Anda boleh tekan pautan ini untuk mengetahui ciri-ciri menarik yang tersedia dalam Master Duel. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anda boleh klik pautan ini.
Sumber: Gamebrott
@gamersantaimy
Discussion about this post