Konami telah mengumumkan siri kejohanan kompetitif terbaru untuk game Yu-Gi-Oh! Master Duel iaitu Challenger Cup. Memandangkan game kad ini memang game yang kompetitif, jadi tidak pelik mengapa Konami membawanya ke dalam game ini.

Master Duel pada asalnya hanyalah sebuah game yang memaparkan game seperti Duel Links dan game TCG di acara. Untuk memberikan cabaran yang lebih hebat kepada pemain, Challenger Cup diperkenalkan dan akan bermula pada Disember ini. Inilah masanya untuk duelist Master Duel untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam kejohanan terbaru ini.

Bermula 17 Disember sehingga pertengahan Februari 2023, terdapat lebih 85 kejohanan yang boleh disertai. Buat masa ini, masih tiada maklumat lanjut yang didedahkan mengenainya. Struktur kejohanan juga masih lagi belum diumumkan. Buat masa ini, hanya negara Eropah sahaja yang tersedia untuk kejohanan hebat ini.

Untuk anda yang tidak mengetahui tentang game ini, Yu-Gi-Oh Master Duel menampilkan perlawanan yang dipamerkan dengan cantik dalam resolusi 4K, lebih daripada 10,000 kad untuk dikumpulkan, Solo Mode pemain yang meluas, online Duels, acara dan banyak lagi. Game ini telah mencapai lebih daripada 40 juta muat turun di seluruh dunia sehingga kini.

Baru-baru ini juga, ia telah memperkenalkan mode Team Battle, di mana anda akan bertarung secara berasukan 3v3 atau 5v5. Konami juga telah menambahkan banyak kad baru termasuklah solo mode yang berdasarkan pelbagai jenis archetype. Harap-harap Challenger Cup ini akan tersedia di pelbagai negara termasuklah Asia.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Yu-Gi-Oh! Master Duel di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post