Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Youtuber anime perlu berhati-hati! Akaun anda mungkin ditarget untuk dipadam!

Maira by Maira
February 3, 2022
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Youtuber anime perlu berhati-hati! Akaun anda mungkin ditarget untuk dipadam!
Share on FacebookShare on Twitter

Ingat lagi kes di mana seorang youtuber anime yang menerima tindakan daripada Toei Animation yang menyebabkan lebih daripada 150 videonya dipadam. Kita dapat tahu bahawa Jepun tidak menggunakan sistem “fair-use ” dan menyebabkannya kehilangan video yang dihasilkan. Nampaknya isu ini bukan sahaja berlaku kepadanya malah setiap youtuber anime lain juga akan mendapat layanan yang sama tidak lama lagi.

Melalui sebuah video youtube, Suede yang terkenal dengan kandungan anime “Pokemon Journey”, dia telah mendapat amaran daripada ShoPro – syarikat Shogakukan-Shueisha Productions – dimana dia perlu membayar denda sebanyak 80,200 Yen (anggaran RM3 ribu) dan akaunnya akan dipadam dalam masa tiga bulan. Dalam video tersebut dia telah menjelaskan mengapa tindakan yang dilakukan Sho-Pro merupakan sesuatu yang buruk kepada setiap youtuber anime.

Dia memberi amaran bahawa syarikat tersebut boleh menggunakan cara manual dengan menghantar ancaman undang-undang kepada pencipta kandungan Youtube daripada menggunakan sistem daripada platform tersebut. Taktik ini juga melucutkan keupayaan youTuber untuk mengeluarkan tuntutan balas melalui sistem YouTube dan menjadikannya sangat mahal untuk mereka melawan. Suede juga mendakwa bahawa penyelesaian geoblocking yang digunakan dalam kes Totally Not Mark juga boleh dipertikaikan jika syarikat itu membuat tuntutan ganti rugi berdasarkan tontonan di Jepun pada masa lalu. Kini, dia sedang meminta agar semua youtuber diberi akses kepada geoblocking untuk mengelakkan isu seperti ini berulang dalam konteks lain pula.

Shopro has developed a technique that should scare everyone.

If any Japanese company sees you using your IP, they can take down your entire channel legally in the space of three months and there's nothing anyone can do. All it takes is two steps. #shoprogambit #geoblocking4all

— Suede was here. He's gone now (@SuedeBlade) February 2, 2022

Semakin lama semakin kronik juga untuk akaun youtube yang kecil untuk membangun lebih-lebih lagi jika ia melibatkan IP daripada Jepun. Bukan setakat itu sahaja, ia boleh menjejaskan komuniti anime luar daripada Jepun kerana ramai yang baru berjinak untuk menghasilkan kandungan menarik mengenai anime kegemaran mereka. Apa pula pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah anda akan turut serta dalam kempen yang diadakan oleh Suede?

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter, resetera

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ShoProyoutubeYoutuber anime
Previous Post

Review OlliOlli World – Game kartun yang sesuai untuk semua jenis gamer

Next Post

Nintendo Switch semakin menghampiri pengakhiran dalam kitaran hayatnya!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Nintendo Switch semakin menghampiri pengakhiran dalam kitaran hayatnya!

Nintendo Switch semakin menghampiri pengakhiran dalam kitaran hayatnya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd