Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yamato tidak akan sertai krew Straw Hat milik Luffy, saga Wano akhirnya tamat dalam One Piece

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Yamato tidak akan sertai krew Straw Hat milik Luffy, saga Wano akhirnya tamat dalam One Piece
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece akhirnya menamatkan sepenuhnya saga Wano, tetapi malangnya bab terbaru manga mungkin akan mengecewakan sesetengah peminat kerana watak popular Yamato sah tidak akan menyertai krew Straw Hat milik Luffy.

AMARAN! SPOILER UNTUK ONE PIECE BAB 1057!

Kisahnya begini:

Salah satu plot terpenting dalam Wano melibatkan Yamato (merupakan anak kepada antagonis arc ini, Kaido) dan keinginan dia untuk keluar mengembara dunia lanun yang luas bersama Luffy dan krew Straw Hat (sebenarnya Yamato ingin mengikuti jejak Oden Kozuki). Dia berkali-kali kata ingin pergi ke laut bersama Luffy sejak diperkenalkan buat kali pertama dalam siri ini, jadi ramai peminat menjangkakan bahawa dia akan menyertai krew Straw Hat memandangkan perwatakannya pun sangat popular dan digemari peminat.

Walaupun ramai yang ingin melihat Yamato menemani Luffy ke laut, tetapi malangnya bab terbaru memberikan plot twist dengan mendedakan bahawa Yamato sebenarnya mahu tinggal di negara Wano buat sementara waktu daripada mengikut krew Straw Hat.

Secara lebih khusus lagi dalam One Piece bab 1057, Yamato menjelaskan kepada Momonosuke dan Kin’emon bahawa dia sebenarnya akan tinggal di Wano dahulu dan sudah memberitahu Luffy dan lain-lain tentang keputusannya. Perjalanan Oden pun bermula di sekitar negara Wano, dan memandangkan Yamato telah terperangkap di Onigashima sepanjang hidupnya, dia mahu mengikut jejak laluan Oden dan mengembara Wano sebelum menuju ke laut.

Luffy memberitahu Yamato, Kin’emon dan Momonosuke bahawa mereka boleh menyertai krewnya bila-bila masa yang mereka mahu, jadi Yamato kemungkinan besar masih boleh menyertai krew Straw Hat pada penghujung finale ala-ala seperti Jinbe.

Ini adalah keputusan yang mengejutkan memandangkan ramai jangka Yamato akan sertai Straw Hat, jadi apakah perasaan korang? Adakah korang setuju dengan keputusan sensei-Oda atau tidak? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece termasuk info tentang bab baru, anime, tayangan filem RED di Malaysia, produk figura menarik dan sebagainya, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: luffymangaone pieceYamato
Previous Post

Memperkenalkan Black Frieza, transformasi terkuat dalam Dragon Ball mengalahkan Goku/Vegeta

Next Post

Secretlab umum Titan Evo 2022: House of the Dragon Edition, khas untuk peminat Game of Thrones

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Secretlab umum Titan Evo 2022: House of the Dragon Edition, khas untuk peminat Game of Thrones

Secretlab umum Titan Evo 2022: House of the Dragon Edition, khas untuk peminat Game of Thrones

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd