Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yakuza: Like a Dragon akan keluar bulan November! Versi PS5 dalam rancangan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2020
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Yakuza: Like a Dragon akan keluar bulan November! Versi PS5 dalam rancangan!
Share on FacebookShare on Twitter

Versi PS5 untuk Yakuza: Like a Dragon sedang dalam pembikinan dan nampaknya Sega mempunyai cara agar pemilik PS4 dapat “upgrade” kepada versi tersebut. Untuk versi PS4, Xbox One, dan PC, game ini akan tiba pada bulan November 2020 manakala versi Xbox Series X akan dilancarkan pada hari pertama bersama konsol, diikuti oleh PS5 yang tiba kemudian.

Selain daripada dua pelantar baru, edisi permainan video dan pelakon suara Inggeris telah didedahkan. Yakuza: Like a Dragon Hero Edition bernilai $59.99 (anggaran RM255.11) dan menghadiahkan Legends Costume Set, Job Set dengan pekerjaan Devil Rocker dan Matriarch, dan Management Mode Set dengan lebih banyak pekerja untuk minigame. Bundle Legendary Hero Edition pula bernilai $99.99 (anggaran RM425.21) dan mempunyai segalanya di Hero Edition serta tambahan Crafting Set, Karaoke Set, Stat Boost Set, dan Ultimate Costume Set.

Untuk adaptasi Inggeris Yakuza: Like a Dragon, pelakon suara berikut akan muncul dalam permainan. Ini ialah projek kedua Greg Chun di siri Yakuza, kerana sebelum ini menyuarakan Takayuki Yagami dalam Judgment.

  • Ichiban Kasuga – Kaiji Tang
  • Masumi Arakawa – George Takei
  • Koichi Adachi – Andrew Morgado
  • Yu Nanba – Greg Chun
  • Saeko Mukoda – Elizabeth Maxwell

Di atas ialah trailer terbaru Yakuza: Like a Dragon dan di penghujung, anda boleh lihat pra-pesanan untuk Legends Costume Pack. Yakuza: Like a Dragon akan hadir di PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada bulan November 2020. Versi PS5 untuk Yakuza: Like a Dragon akan tiba pada kemudian hari manakala versi Xbox Series X akan keluar bersama pelancaran konsol.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCPS4ps5Xbox OneXbox Series Xyakuza: like a dragon
Previous Post

LEAK!! Cover Box G.I. Joe Operation Blackout untuk PS4 dan Xbox One!

Next Post

“Mila the Princess” dan dua sistem baru kini hadir di Super Mecha Champions!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
“Mila the Princess” dan dua sistem baru kini hadir di Super Mecha Champions!

"Mila the Princess" dan dua sistem baru kini hadir di Super Mecha Champions!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd