Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yae Miko kena nerf, Ramai pemain Genshin Impact kecewa dengan update baru!

Maira by Maira
March 31, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Yae Miko kena nerf, Ramai pemain Genshin Impact kecewa dengan update baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada kemas kini yang lalu, Genshin Impact versi 2.5 telah membawa watak electro yang sudah ramai tunggu iaitu Yae Miko. Ramai yang menyangka Yae merupakan watak DPS baru tetapi dia seorang watak support yang bergantung kepada totemnya untuk memberikan damage electro yang berterusan.

Walaupun begitu, Yae miko bukanlah watak yang meta dalam game ini tetapi ramai yang berpuas hati menggunakannya. Tetapi dalam kemas kini Genshin Impact 2.6 yang baru dilancarkan semalam, ia telah memberikan beberapa perubahan pada skill asas Yae dan membuatkan peminat tidak berpuas hati.

Yae Miko jauh dari menjadi watak terkuat dalam permainan, dan kebanyakan pemain nampaknya berpuas hati dengan persembahannya di atas padang. Walau bagaimanapun, kemas kini Genshin Impact 2.6 telah membawa beberapa perubahan pada kemahiran asasnya dan peminat sangat marah, sekurang-kurangnya.

Elemental skill milik Yae, Sesshou Sakura kini mengutamakan musuh terdekat berbanding dahulu dimana skill itu akan terkena pada sasaran secara rawak. Tetapi perubahan itu memberikan lebih banyak masalah. Ini membuatkan ramai yang meluahkan kekecewaan mereka dalam forum-forum Genshin Impact. Memandangkan salah satu kekuatan Yae Miko adalah keupayaan untuk memberikan damage electro pada ramai musuh, jadi agak mudah untuk jika ia serang musuh secara rawak.

Kemas kini baru membuatkan Yae Miko tidak berbaloi dimainkan kerana julat totemnya yang meningkat. Ramai yang C2 watak ini meminta pihak pembangun untuk mengubah semula skill ini kepada yang lama. Ada juga yang meminta wang mereka di kembalikan kerana kemas kini baru tersebut.

Melihat pada keadaan ini, Hoyoverse telah mengeluarkan siaran memaklumkan sebab mengapa mekanik Yae Miko diubah. Antara sebabnya ialah pihak mereka menerima maklum balas tentang isu combat daripada pemain yang menggunakan Yae Miko. Isu utamanya ialah mereka tidak jelas bagaimana watak itu menyasarkan musuhnya. Malah ia memberikan pengalaman negatif yang disebabkan oleh gabungan isu antara musuh dan logik target dan juga watak lain selain Yae Miko.

Buat masa ini, Hoyoverse akan terus mengumpulkan maklum balas semua orang dan memantau data combat Yae Miko daripada server Genshin Impact. Mereka juga akan membuat perubahan lanjut jika diperlukan mengikut maklum balas yang diterima.

Jadi, kita kena tunggu sehingga kemas kini seterusnya kalau ingin tahu jika sebarang perubahan dikenakan ke atas Yae Miko. Sementara itu, Kamisato Ayato dan kawasan baru, The Chasm sudah tersedia untuk pemain. Banner Venti juga tersedia untuk anda yang inginkannya dalam parti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactYae Miko
Previous Post

Minions: The Rise of Gru akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Jun!

Next Post

Bandai Namco umumkan giveaway untuk pemain Gundam Battle Operation 2!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Bandai Namco umumkan giveaway untuk pemain Gundam Battle Operation 2!

Bandai Namco umumkan giveaway untuk pemain Gundam Battle Operation 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd