Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xiaomi Malaysia Umum Redmi Pad Pro, Harga Early Bird Semurah RM999!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2024 - Updated on July 16, 2024
in Artikel, Berita, Tablet, Teknologi
0 0
0
Xiaomi Malaysia Umum Redmi Pad Pro, Harga Early Bird Semurah RM999!
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan Redmi Pad Pro, tambahan terbaru kepada portfolio tablet mereka. Direka untuk pengguna yang mencari ruang tontonan luas untuk hiburan audiovisual, melayari internet dan gaming on-the-go, Redmi Pad Pro ialah teman yang sesuai untuk mereka yang ingin berehat selepas seharian belajar atau bekerja.

Kredit: Xiaomi Malaysia

Spesifikasi Umum

Kredit: Xiaomi Malaysia

Menampilkan paparan 12.1-inci 120Hz dengan aspek ratio luas 16:10, ia datang dengan resolusi 2.5K (2560 x 1600) pada 249ppi. Refresh rate tinggi 120Hz pula memastikan bahawa Redmi Pad Pro menyampaikan tindakan responsif merentasi pelbagai aplikasi — daripada menavigasi dokumen hingga sesi gaming dinamik.

Untuk meningkatkan lagi hiburan, tablet ini mempunyai empat pembesar suara stereo yang disepadukan dengan Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang mengasyikkan.

Redmi Pad Pro dikuasakan oleh Xiaomi HyperOS dan Snapdragon 7s Gen 2 Mobile Platform, yang memastikan prestasi tahap flagship yang boleh dipercayai untuk kerja dan bermain, membolehkan pengguna beralih dengan lancar antara tugas. Dengan bateri 10000mAh (typ) dan pengecasan pantas sehingga 33W, Redmi Pad Pro memastikan peranti sentiasa bertenaga dan bersedia untuk digunakan.

Kredit: Xiaomi Malaysia

Redmi Pad Pro ialah tablet Redmi pertama yang menyokong Redmi Pad Pro Smart Keyboard dan Redmi Smart Pen, menjadikannya teman hiburan dan produktiviti dua-dalam-satu terbaik.

Redmi Smart Pen hadir dengan pressure sensitivity setinggi 4096-level dan sampling rate 240Hz, untuk menawarkan pengalaman menulis yang lancar. Dengan bateri 80mAh (typ) yang menyediakan sehingga 12 jam penggunaan dengan sekali cas, anda boleh menangkap idea spontan serta-merta tanpa perlu merisaukan tentang bateri.

Kredit: Xiaomi Malaysia

Selain itu, Redmi Pad Pro Smart Keyboard menawarkan pengalaman menaip ala PC yang selesa dengan jarak key travel 1.3mm dan key pitch 19mm, serta pemegang pen tambahan untuk Redmi Smart Pen.

Kredit: Xiaomi Malaysia

Harga dan Ketersediaan

Kredit: Xiaomi Malaysia

Redmi Pad Pro datang dalam tiga warna – Graphite Grey, Mint Green dan Ocean Blue – dan akan tersedia dalam dua varian storan, 6GB+128GB dan 8GB+256GB. Redmi Pad Pro boleh dibeli di mana-mana kedai sah Xiaomi, atau online di mi.com dan kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Mulai sekarang hingga 7 Julai, pembeli boleh menikmati promosi early bird eksklusif dan hadiah percuma dengan sebarang pembelian Redmi Pad Pro, sementara stok masih ada.

ProdukVarianHarga BiasaPromo KhasPlatform
Redmi Pad Pro6GB+128GBRM 1,099Early Bird RM 999Online Exclusive mi.com | Lazada | Shopee
8GB+256GBRM 1,499Percuma Redmi Pad Pro Keyboard


Authorized store mi.com | Lazada | Shopee
Redmi Pad Pro Keyboard–RM 399–
Redmi Smart Pen–RM 199–
Redmi Pad Pro Cover–RM 99–
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Redmi Pad Pro
ShareTweetSend
Previous Post

Patung Skala Penuh RX-78F00 Dibina Untuk ‘Gundam Next Future Pavilion’

Next Post

ATLUS Umum Showcase Baharu Untuk Metaphor: ReFantazio, Info Baru Pada 6 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
ATLUS Umum Showcase Baharu Untuk Metaphor: ReFantazio, Info Baru Pada 6 Julai!

ATLUS Umum Showcase Baharu Untuk Metaphor: ReFantazio, Info Baru Pada 6 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd