Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan membawakan previu PC Game Pass buat pertama kali ke Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, dan negara tercinta kita, Malaysia.

Mulai hari ini, para pemain boleh mendaftar untuk previu PC Game Pass yang membolehkan kita menikmati lebih 100 game bermutu tinggi termasuk Xbox Game Studios, game terkenal daripada Bethesda, dan juga EA Play pada satu harga bulanan yang rendah iaitu RM 0.50. Dengan pelbagai pilihan game PC yang meliputi segala genre, dan judul baru yang sentiasa ditambah baik, pasti ada game untuk dinikmati oleh semua.

Berikut adalah cara-cara untuk melanggan:
- Muat turun aplikasi Xbox Insider daripada Microsoft Store di Windows.
- Selepas mendaftar masuk ke dalam aplikasi dengan akaun Microsoft anda, pergi ke tab Previews dan sertai previu ‘PC Game Pass Southeast Asia Market Expansion.
- Setelah memasuki previu, buka aplikasi Xbox dengan akaun Microsoft sama yang anda gunakan untuk menyertai previu PC Game Pass Southeast Asia Market Expansion dan kemudian langgan PC Game Pass pada harga RM1.00.
- Selepas melanggan perkhidmatan, anda sedia memuat turun dan bermain macam-macam jenis game dari koleksi yang disediakan!
Memandangkan ini merupakan langkah pertama untuk menyediakan akses PC Game Pass ke rantau ini, peserta boleh menguji dan berkongsi maklum balas supaya Microsoft terus menambah baik segala aspek perkhidmatan.
Selepas tempoh sebulan itu tamat, langganan PC Game Pass akan diteruskan secara automatik pada nilai harga RM15.00

Antara game popular korang boleh cuba dalam PC Game Pass termasuk Minecraft, Forza Horizon 5, Age of Empires IV, Sea of Thieves and Microsoft Flight Simulator. Turut disertakan ialah Halo Infinite, dan juga francais terkenal seperti Fallout dan The Elder Scrolls daripada Bethesda Softworks. Selain itu, EA Play disediakan dalam perkhidmatan, dan terdiri daripada beberapa francais terbesar di dunia, iaitu FIFA, Battlefield, The Sims, dan Mass Effect.
Buat masa ini, PC Game Pass masih dalam fasa percubaan. Microsoft akan berkongsi maklumat lanjut apabila perkhidmatan tersebut dilancarkan secara rasmi di Malaysia kemudian pada tahun ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai PC Game Pass di Malaysia, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post