Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xbox Game Pass April 2024 Bawa Tomb Raider, LEGO 2K Drive & Banyak Lagi!

Maira by Maira
April 3, 2024
in Artikel, Berita, Cloud, Game, PC, Senarai, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Xbox Game Pass April 2024 Bawa Tomb Raider, LEGO 2K Drive & Banyak Lagi!

Sumber: Xbox wire

Share on FacebookShare on Twitter

Xbox telah mengumumkan tambahan sembilan game baharu untuk semua pelanggan Game Pass pada bulan April 2024. Antara game yang akan ditambah adalah Shadow of the Tomb Raider, LEGO 2K Drive dan banyak lagi! Jom kita lihat lebih lanjut mengenai semua game ini.

LEGO 2K Drive (Cloud & Konsol) – 3 April

Selamat datang ke Bricklandia, tempat pengembaraan memandu LEGO yang besar. Lumba di mana-mana, bermain dengan sesiapa sahaja dan kalahkan saingan untuk menangi Sky Trophy yang diidamkan!

Lil Gator Game (Cloud, Konsol & PC) – 4 April

Siapa yang tidak mahu menjadi Lil Gator yang comel? Mulakan quest yang comel, temui rakan baharu dan temui semua yang ditawarkan oleh pulau itu. Mendaki, berenang dan meluncur masuk ke dalam hati pelbagai watak yang anda temui sepanjang perjalanan dalam pengembaraan dunia terbuka yang comel ini!

EA Sports PGA Tour (Cloud, Xbox Series X|S & PC)  EA Play – 4 April

Menjadi juara Major, bermain di Par 3 Course di Augusta National, bersama-sama dengan tiga course 2024 Major host yang baru.

Botany Manor (Cloud, Xbox Series X|S & PC)  – 9 April

Terokai rumah agam bersejarah ahli botani Arabella Greene, yang telah mengumpulkan koleksi flora yang jarang ditemui dan telah lama dilupakan yang memerlukan syarat khas untuk membantu mereka berkembang. Buka benih baharu, cari petunjuk dalam item yang bertaburan di sekitar kediaman, dan selesaikan setiap teka-teki untuk menghidupkan semula tumbuhan ini.

Shadow of the Tomb Raider Definitive Edition (Cloud, Konsol & PC) – 11 April

Alami bab terakhir tentang asal usul Lara menjadi Tomb Raider yang telah ditakdirkan. Shadow of the Tomb Raider Definitive Edition ialah cara terbaik untuk mengalami detik penentu Lara.

Harold Halibut (Cloud, Xbox Series X|S & PC) – 16 April

Harold Halibut ialah game naratif buatan tangan tentang persahabatan dan kehidupan di atas kapal angkasa bersaiz bandar yang tenggelam dalam lautan asing. Sertai Harold sambil dia meneroka dunia masa depan retro dalam usahanya untuk mencari makna sebenar ‘home’. 

Pada 15 April nanti, lapan game akan meninggalkan Game Pass. Kalau anda ingin menyimpannya dalam akaun, terdapat 20% diskaun tersedia untuk anda memilikinya. Berikut adalah senarai game yang akan meninggalkan Xbox Game Pass April 2024:

  • Amnesia Collection (Cloud, Konsol & PC)
  • Amnesia: Rebirth (Cloud, Konsol & PC)
  • Back 4 Blood (Cloud, Konsol & PC)
  • Phantom Abyss (Cloud, Konsol & PC)
  • Research and Destroy (Cloud, Konsol & PC)
  • Soma (Cloud, Konsol & PC)

Kalau ada yang berminat untuk bermain game PC yang disediakan, anda perlu langgan PC Game Pass dengan hanya RM15 sebulan. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PC Game PassXbox Game PassXbox Game Pass April 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai Anime Harem Baru Untuk Korang Tonton! [2020 – 2023]

Next Post

[Eksklusif] Rancang Untuk Lancar di PS Vita Pada Mulanya — Interview Bersama Producer Unicorn Overlord!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
[Eksklusif] Rancang Untuk Lancar di PS Vita Pada Mulanya — Interview Bersama Producer Unicorn Overlord!

[Eksklusif] Rancang Untuk Lancar di PS Vita Pada Mulanya -- Interview Bersama Producer Unicorn Overlord!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd