Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wuthering Waves Versi 2.1 Akan Tiba Pada 13 Februari – Apa Yang Baru?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 10, 2025
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG
0 0
0
Wuthering Waves Versi 2.1 Akan Tiba Pada 13 Februari – Apa Yang Baru?
Share on FacebookShare on Twitter

Kuro Games bakal melancarkan update versi 2.1 untuk RPG aksi free-to-play open-world “Wuthering Waves” pada 13 Februari.

Diberi nama “Waves Sing, and the Cerulean Bird Calls,” kemas kini 2.1 membawa pelbagai ciri baharu yang menarik, termasuk watak baharu yang boleh dimainkan, kawasan baharu, acara khas, kandungan endgame, serta pelbagai penambahbaikan dalam Wuthering Waves.

Watak Baharu: Phoebe dan Brant

Dua Resonator baharu, Phoebe dan Brant, akan diperkenalkan dalam kemas kini ini dengan banner mereka dilancarkan dalam dua fasa berbeza.

Phoebe, watak 5-star berunsur Spectro/Rectifier, mempunyai dua mod unik: Absolution dan Confession. Dalam mod Absolution, Phoebe mampu meningkatkan DMG terhadap musuh yang terkena efek Spectro Frazzle. Sebaliknya, dalam mod Confession, Heavy Attack serta Resonance Liberation miliknya akan menambah lebih banyak efek Spectro Frazzle ke atas musuh.

Selain itu, apabila Phoebe menggunakan Outro Skill, Resonator yang berada di medan pertempuran akan menerima efek Silent Prayer, yang mengurangkan ketahanan Spectro musuh sambil meningkatkan DMG dan tempoh efek Spectro Frazzle.

Post-Lament Anthropocene: Stars Intertwined

"In the face of danger and adversity, the stage is set for our grandest act!"—Brant

Archive>>
As captain of the Fool's Troupe, Brant exudes a carefree, easygoing charm, unbound by convention.
Beneath his flamboyant persona lies a… pic.twitter.com/266pGRphY7

— Wuthering Waves (@Wuthering_Waves) January 10, 2025

Brant, watak lelaki lima bintang ketiga dalam Wuthering Waves, diklasifikasikan sebagai pengguna Fusion/Sword. Dia merupakan watak serba boleh yang mampu menyembuhkan sekutu, memberikan buff, dan mengeluarkan DMG yang kuat.

Abiliti Resonance Liberation miliknya bukan sahaja menyembuhkan semua Resonator dalam pasukan, tetapi juga mengaktifkan mod khas Aflame, yang meningkatkan Bravo Regen. Bravo merupakan sumber khas berkaitan dengan Forte Circuit Brant yang meningkatkan ATK berdasarkan Energy Regen.

Apabila Bravo mencapai tahap maksimum, ia boleh digunakan untuk melancarkan serangan khas yang menghasilkan Fusion DMG serta memberikan perisai kepada pasukan. Outro Skill Brant pula meningkatkan DMG Fusion dan Resonance Skill bagi Resonator yang akan memasuki pertempuran.

Phoebe akan tersedia mulai 13 Februari 2025, manakala Brant dan Changli (rerun) akan hadir pada 6 Mac 2025.

Kawasan Baharu

Kemas kini ini turut memperkenalkan dua kawasan baharu untuk diterokai:

  • Riccioli Islands – Sebuah kepulauan dengan komuniti nelayan yang damai tetapi menyembunyikan ancaman dari makhluk misteri.
  • Averado Vault Underground – Sebuah kawasan mewah di bawah Averado Vault yang menawarkan pelbagai misi serta misteri baharu.

Echo dan Acara Baharu

Beberapa Echo baharu akan ditambah, termasuk Rage Against the Statue, Aero Prism, Hurriclaw, dan Phantom: Lorelei. Selain itu, pelbagai acara dan mod permainan baharu akan tersedia dalam versi 2.1:

  • Old Man and the Whale – Acara memancing dengan ganjaran senjata eksklusif Ocean’s Gift.
  • Tactical Simulacra III – Acara pertempuran.
  • Infinite Battle Simulation II – Cabaran pertarungan arena.
  • Beyond the Waves – Acara eksplorasi.
  • Apex Ragunna – Acara Overdash secara co-op.
  • Gifts of Blue Water – Acara log masuk harian selama 7 hari.

Event Preview | [Old Man and the Whale] Fishing Adventure Event Available Soon!

✦Duration✦
Version 2.1 update – 2025-03-26 03:59 (server time)

✦Rewards✦
Astrites x1,200, Ocean's Gift x1, Projection: Ocean's Gift x1, Blue-Spotted Giant Fish x4 (used to increase the… pic.twitter.com/kUTiOChOrJ

— Wuthering Waves (@Wuthering_Waves) February 9, 2025

Kandungan Endgame Baharu

Untuk pemain yang gemarkan cabaran endgame, kemas kini ini memperkenalkan dua mod baharu:

  • Fantasies of the Thousand Gateways – Mod mingguan kekal yang menawarkan Astrites dan bahan naik taraf sebagai ganjaran. Pemain boleh membentuk pasukan tiga Resonator untuk menewaskan musuh dalam cabaran ini.
  • Whimpering Wastes – Kandungan endgame baharu yang memerlukan pemain bertempur di tiga kawasan laut untuk mengumpul mata dan mendapatkan ganjaran.

Whimpering Wastes Available Soon!
Version 2.1 will introduce the brand-new Permanent Challenge Gameplay "Whimpering Wastes." Rovers, let's take a look!#WutheringWaves pic.twitter.com/5dgR53lFWv

— Wuthering Waves (@Wuthering_Waves) February 8, 2025

Selain itu, Tower of Adversity kini akan mengalami reset bulanan, menggantikan sistem dahulu yang menetapkan semula cabaran setiap dua minggu.

Penambahbaikan & Peningkatan Visual

Kemas kini ini turut membawa beberapa peningkatan pengalaman bermain:

  • Echo Presets – Pemain kini boleh menyimpan dan menggunakan susunan Echo mengikut keperluan dengan lebih mudah.
  • Echo Recommendation – Sistem cadangan baharu yang membolehkan pemain menapis Mainstats dan Substats terbaik untuk setiap Resonator serta menggunakan fungsi Auto Equip untuk memadankan Echo yang sesuai dengan Sonata Effect yang dipilih. Kapasiti penyimpanan Echo juga diperluaskan kepada 3,000 slot.
  • Peningkatan Kamera – Pemain kini boleh menangkap gambar Resonator dalam pose idle, menggunakan pelbagai filter baharu dengan tahap intensiti boleh laras, serta menikmati kawalan kamera mendatar dan menegak yang lebih bebas.
  • Ray-Traced Global Illumination – Kesan pencahayaan ray tracing kini tersedia dalam versi 2.1, tetapi buat masa ini hanya menyokong kad grafik NVIDIA GeForce RTX 40 series ke atas di PC. Pembangun sedang berusaha untuk memperluaskan sokongan kepada lebih banyak jenis kad grafik pada masa akan datang.

Wuthering Waves kini boleh dimainkan di PlayStation 5, PC (melalui client dan Epic Games Store), iOS (melalui App Store), dan Android (melalui Google Play). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kemas kini versi 2.1, lawati laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Wuthering WavesWuthering Waves 2.1
ShareTweetSend
Previous Post

Game Gacha RPG Ekstrem “TRIBE NINE” Akan Dilancarkan pada 20 Februari!

Next Post

One Piece: Scopper Gaban Diperkenalkan, “Tangan Kiri” Kepada Gol D. Roger!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
One Piece: Scopper Gaban Diperkenalkan, “Tangan Kiri” Kepada Gol D. Roger!

One Piece: Scopper Gaban Diperkenalkan, "Tangan Kiri" Kepada Gol D. Roger!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd