Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World War Z mencecah rekod penjualan sehingga 1 Juta unit hanya pada minggu pertama pelancaran!

1 Juta weh walaupun awal-awal haritu ada masalah

Nyny.A by Nyny.A
April 24, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
World War Z mencecah rekod penjualan sehingga 1 Juta unit hanya pada minggu pertama pelancaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru seminggu World War Z dilancarkan di platform PC, PlayStation 4 dan Xbox, nampaknya penjualannya telah melepasi paras 1 juta unit pada minggu pertama. Penjualan tersebut adalah digabung dari semua platform dan dari seluruh dunia. Permainan baru yang mendapat rekod kejayaan 1 juta unit dalam masa kurang dari seminggu mungkin menunjukkan bahawa pemaju tidak semestinya memerlukan Steam untuk berjaya.

Image result for world war z game

Ini serba sedikit sinopsis World War Z, dikeluarkan oleh Saber Interactive, permainan ini merupakan adaptasi filem World War Z yang dilakonnkan oleh Brad Pitt. Permainan yang harus membunuh zombi, pemain boleh bergabung secara berpasukan bersama rakan-rakan untuk menentang zombi, bermain secara solo dan juga pasukan bersama pasukan lain menentang zombi (PvPvZ). Pemain boleh memilih antara 4 map iaitu New York, Jerusalem, Moscow dan Tokyo untuk menyelesaikan misi kempen.

Image result for world war z game gif

Situasi ini membuatkan pihak World War Z merasa bersyukur kerana berjaya membuat rekod penjualan ini;

Kami sangat rendah diri dan bersyukur kerana menjangkau lebih dari 1 juta pemain dalam minggu pertama pelancaran kami. Pasukan kami kini sedang berusaha keras untuk membetulkan isu-isu yang terjadi dan lebih banyak kandungan yang akan muncul tidak lama lagi.

-Twitter @wwzthegame

We are so humbled and thankful to reach over 1 million players in our first week of launch. The team is working hard on fixes to known issues and more content coming up soon, stay tuned! https://t.co/m2cEjcyUWA pic.twitter.com/UcxLJpDi8v

— World War Z: Aftermath (@wwzthegame) April 23, 2019

“Kami berasa rendah hati dan teruja dengan kejayaan besar World War Z, terutama pada pembelian di PC dan sokongan besar Epic Games Store,”

“Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperluaskan permainan dan komuniti dengan penambahbaikan baru, kemas kini kestabilan, dan kandungan permainan bonus, bermula dengan misi baru khas untuk episod Tokyo.”

-Ketua Pegawai Eksekutif Saber Interactive, Matthew Karch

Dikatakan penjualan di A.S dan Europe adalah paling tinggi. Mempunyai hampir 70,000 pemain yang bermain serentak di kesemua platform. Yang mengejutkan adalah hakikat bahawa jualan di luar A.S. di Epic Store telah meingkat berbanding dengan A.S. hanya [satu perempat] daripada jualan tersebut.

Congratulations to Saber Interactive on selling over 250,000 units of World War Z so far on the Epic Games store!

WWZ, Satisfactory, Anno 1800, Metro Exodus, Tom Clancy's The Division 2 and so many more games made this a record weekend for Epic Games store. https://t.co/ZDo7wjmB5W

— Epic Games Store (@EpicGames) April 23, 2019

Walaupun kejayaan penjualan World War Z tidak boleh dinafikan (terutama dengan menduduki tangga carta tertinggi di UK minggu ini hingga mengalahkan Division 2), lain pula terjadi di platform Twitch. Pada dua hari pertama penonton di Twitch mencecah seramai 133,000 orang secara serentak, kemudian menurun sehingga 26,000 penonton sahaja dan makin merosot. Tetapi dikatakan juga baru-baru ini telah naik sedikit penontonnya hampir 37,000 orang. Korang boleh lihat carta penonton nya disini (klik sini). 

Nampaknya World War Z boleh dikatakan berjaya untuk minggu debutnya, tetapi ukuran sebenar permainan berbilang pemain adalah sejauh mana ia dapat membina, mengekalkan, dan mengembangkan komuniti dalam talian. Jadi pihak mereka perlu juga mengambil perhatian untuk peminat-peminatnya untuk mengekalkan kepopuaritinya seperti minggu pertama ini. Apa pendapat korang? Silang jari dan harap World War Z masih akan berkekalan untuk menjadi pemainan yang baik.

Sumber: Gematsu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic storeSaber InteractiveWorld War Z 1 juta unitWorld War Z the gameWWZthegame
Previous Post

Square Enix telah sahkan penampilan mereka untuk E3 2019

Next Post

NVIDIA menguasakan lebih daripada 80 model Gaming Laptop dengan Turing- Powered GTX 16-Series GPUs!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
NVIDIA menguasakan lebih daripada 80 model Gaming Laptop dengan Turing- Powered GTX 16-Series GPUs!

NVIDIA menguasakan lebih daripada 80 model Gaming Laptop dengan Turing- Powered GTX 16-Series GPUs!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd