Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World of Warcraft Umum ‘Cataclysm Classic’ & ‘Season of Discovery’ – Info lengkap [BlizzCon 2023]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 4, 2023
in Artikel, Battle.net, Berita, Livestream, MMORPG, PC
0 0
0
World of Warcraft Umum ‘Cataclysm Classic’ & ‘Season of Discovery’ – Info lengkap [BlizzCon 2023]
Share on FacebookShare on Twitter

Di atas pentas BlizzCon 2023 hari ini, Holly Longdale selaku World of Warcraft Executive Producer telah mengumumkan expansion seterusnya untuk World of Warcraft Classic iaitu Cataclysm Classic dan pengalaman bermusim Season of Discovery.

Untuk rumusan lengkap, anda boleh teruskan membaca di bawah:

World of Warcraft: Cataclysm Classic

Cataclysm Classic ialah expansion ketiga World of Warcraft oleh Blizzard Entertainment, yang asalnya dikeluarkan pada Disember 2010, tetapi kini kembali dengan pengalaman leveling yang lebih baik, sistem dungeon difficulty baharu dan banyak lagi!

Kredit: Blizzard

Deathwing the Destroyer kembali ke Azeroth, selepas keluar dari satah elemental Deepholm dan menghancurkan dunia, lalu meninggalkan bencana di seluruh benua. Kemusnahan ini mendedahkan rahsia yang telah lama tertutup, seperti dua kaum baharu yang boleh dimainkan—Worgen dan Goblin— yang akan menyertai perjuangan antara Alliance dan Horde.

Semasa pemain melangkah ke level cap baharu 85, mereka akan meneroka zon yang baru didedahkan, memperoleh kuasa baharu dan bersemuka dengan Deathwing dalam pertempuran untuk menentukan nasib dunia.

Kredit: Blizzard
  • Alami Semula Kisah – Pemain Classic boleh mengalami expansion penting ini sekali lagi dengan tempo content yang lebih pantas, penambahbaikan pada leveling, UI Collections yang diperluas, difficulty baharu untuk Dungeon Group Finder selepas pelancaran dan banyak lagi.
  • Perubahan Kekal Ke Azeroth – Zon Classic telah diubah, membawa kehidupan baharu kepada persekitaran seperti lava cair ke kawasan pedalaman yang dahulunya tenang, dan banjir yang mengamuk dan kuasa elemental berterusan di kawasan pantai.
Kredit: Blizzard
  • Bersatu Semula Dengan Gilneas atau Selamatkan Bilgewater Goblin – Kerajaan Gilneas yang pernah terpencil kini terbuka kepada pemain dalam pengalaman starting level baharu, di mana mereka boleh belajar tentang sumpahan yang melanda penduduknya apabila Worgen menyertai Alliance. Bilgewater Cartel Goblin pula menyertai Horde ketika mereka mencari rumah baharu selepas pemusnahan Deathwing terhadap pulau mereka.
  • Teroka & Kembangkan Kelas Fantasi Anda – Kombo race/class baharu memberi cara tambahan untuk bermain kelas yang digemari dengan perspektif yang berbeza, seperti Gnome Priest, Tauren Paladin, Night Elf Mage dan banyak lagi.
Kredit: Blizzard
  • Kaji Sejarah Azeroth Dengan Proffesion Baru – Proffesion terbaharu di WoW Classic, Archaeology, membolehkan pemain meneroka tapak digsite di seluruh Azeroth untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah kaum dunia sambil memperoleh ganjaran dalam proses.

Sama seperti pengalaman WoW Classic sebelum ini, sesiapa sahaja yang melanggan World of Warcraft juga boleh bermain Cataclysm Classic tanpa kos tambahan.

World of Warcraft: Season of Discovery

Dalam Season of Discovery, pemain akan memulakan pengembaraan baharu di mana penerokaan dan percubaan akan menjadi kunci untuk memperoleh abiliti baharu untuk watak mereka. Dungeon Classic dan player-versus-player even akan memberi peluang kepada pemain untuk menguji kebolehan yang baru diperoleh ini sambil mereka merentasi dunia untuk mencari lebih banyak perkara.

Kredit: Blizzard

Dunia Penuh Kemungkinan – Tersembunyi di seluruh Azeroth, rune istimewa dapat ditemui yang menambah kekuatan pemain dengan menyediakan akses kepada abiliti yang belum pernah tersedia dalam WoW Classic. Beberapa rune boleh ditemui dengan jelas, yang lain akan tersorok, dan beberapa memerlukan kerja berpasukan untuk mengakses.

Eksperimen Tanpa Masalah – ‘Rune engraving’ membolehkan pemain menggunakan dan membuang abiliti sesuka hati sambil bereksperimen dengan build berbeza untuk mencipta pengalaman bermain yang benar-benar unik.

Kredit: Blizzard

Pendekatan Baru Untuk Endgame – Season of Discovery akan bermula dengan level cap awal sebanyak 25 dan akan ditingkatkan secara berperingkat dari semasa ke semasa untuk menawarkan pengalaman endgame lebih progresif yang akan beralih dengan setiap peringkat apabila abiliti baharu tersedia untuk pemain semasa naik level.

Classic Dungeon Dibayangkan Semula – Level cap setiap fasa akan menyediakan content baharu untuk pengalaman pemain, bermula dengan 10-man raid di Blackfathom Deeps level 25: dahulunya dungeon level-up untuk 5 pemain, ia telah diolah semula dengan pertarungan bos yang direka semula untuk menawarkan cabaran menarik yang akan menguji pemain.

Kredit: Blizzard

Uji Kecekapan Anda Bersama Pemain Lain – Bagi pemain yang lebih berminat untuk menguji build dan kemahiran terhadap pemain sebenar, akan ada event player-versus-player(PvP) di Ashenvale. Selain itu, sistem Honor dan Battlegrounds akan tersedia dari hari pertama.


World of Warcraft Classic boleh dimainkan di PC dan Mac.

Baca segala liputan kami tentang BlizzCon di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BlizzCon 2023World of Warcraft Classic
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo IV Umum Expansion “Vessel of Hatred” – Info Lengkap [BlizzCon 2023]

Next Post

World of Warcraft: The War Within Diumumkan – Kisah Pertama dalam Worldsoul Saga! [BlizzCon 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
World of Warcraft: The War Within Diumumkan – Kisah Pertama dalam Worldsoul Saga! [BlizzCon 2023]

World of Warcraft: The War Within Diumumkan - Kisah Pertama dalam Worldsoul Saga! [BlizzCon 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd