Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World of Warcraft kembali dengan Pengembangan terbaru, Dragonflight!

Maira by Maira
April 20, 2022
in Artikel, Berita, Game, Multiplayer, PC
0 0
0
World of Warcraft kembali dengan Pengembangan terbaru, Dragonflight!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas malapetaka yang berlaku di dunia Azeroth, pasukan yang telah lama dilupakan mulakan langkah mereka di Dragon Isles, rumah kepada moyang semua jenis naga. Hari ini, Blizzard Entertainment mengumumkan World of Warcraft: Dragonflight, pengembangan akan datang untuk game multiplayer RPG dalam talian yang mengalu-alukan pemain ke era baru pengembaraan fantasi.

Naga Azeroth telah memainkan peranan penting dalam urusan dunia, membimbing kaum fana dan mempengaruhi peristiwa dengan kuasa besar mereka—kadangkala untuk tujuan mereka sendiri. Apabila tanah suci mereka bangkit semula, naga akan memanggil wira Alliance dan Horde untuk membantu memperhitungkan ancaman dan misteri yang mula muncul. Muncul semula selepas berabad-abad tidak aktif dan bersedia untuk menyertai perjuangan ialah Dracthyr Evokers yang berkuasa, gabungan race dan class pertama dalam World of Warcraft.

Bergantung pada pengkhususan class yang mereka pilih, Dractyr Evokers boleh menyerang musuh dari jarak jauh sebagai damage dealer menggunakan nafas, taring dan cakar, atau membantu dan menguatkan sekutu mereka sebagai healer melalui kebolehan naga yang lebih mistik. Pemain yang mencipta Dracthyr Evokers akan dapat mereka bentuk kedua-dua avatar drakonik yang mereka wujudkan dalam pertempuran, dan bentuk Visage humanoid yang mereka gunakan untuk berinteraksi dengan penduduk Azeroth. Dracthyr Evokers memulakan game pada level 58, dengan questline permulaan yang unik, dan mereka boleh memilih untuk sejajar dengan Alliance atau Horde.

Selain kelicikan dan kuasa mereka, naga Azeroth terkenal dengan ketangkasan udara mereka—sepatutnya, semua pemain akan dapat mempelajari seni Dragonriding, membuka bentuk penerbangan dinamik baru bersama-sama dengan rakan drake yang boleh disesuaikan dalam penampilan dan dilatih untuk terbang di langit dengan lebih berkesan semasa pemain maju melalui pengembangan. Dragonflight juga akan membawa kemas kini paling meluas kepada sistem talent dan profession World of Warcraft sejak game pertama kali dilancarkan, memberikan pemain tahap kebebasan dan kedalaman baru dalam cara menentukan watak mereka.

“Pemain tidak sabar-sabar untuk meninjau semula asal-usul fantasi World of Warcraft, dan mereka akan menemuinya dalam Dragonflight, dengan penerokaan naga ikonik Warcraft yang lebih mendalam dan pengembaraan yang mendebarkan ke tanah air legenda mereka,” kata Mike Ybarra, Presiden Blizzard Entertainment. “Kami juga sedang merombak sepenuhnya banyak sistem asas game untuk memastikan WoW terus menawarkan jenis pengalaman yang diharapkan pemain bukan sahaja dengan pengembangan ini tetapi untuk beberapa tahun akan datang.”

Ciri utama World of Warcraft: Dragonflight

  • Temui Dragon Isles: Dalam perjalanan mereka ke had level baru70, pemain akan meneroka keajaiban primordial dan rahsia purba Dragon Isles merentasi empat zon baru—Waking Shores, bergelora dengan kuasa elemental; hamparan luas Ohn’ahran Plains; puncak yang membeku di Azure Span; dan menara megah dan kuil Thaldraszus.
  • Kombo Race/ Class baru: Pemain akan mengancam musuh mereka (atau memperkasakan sekutu mereka) sebagai Dracthyr Evoker, kombo race/class pertama WoW. Mereka akan mereka bentuk kedua-dua bentuk humanoid dan drakonik, memilih antara Alliance dan Horde, dan meneroka sebagai healer atau damage dealer jarak jauh yang memanfaatkan kekuatan kolektif semua jenis naga.
  • Terbang di awangan: Dragonflight memperkenalkan Dragonriding, kaedah pergerakan udara berasaskan kemahiran serba baru yang membolehkan pemain naik ke langit di belakang Dragon Isles Drake peribadi mereka. Pemain akan menyesuaikan drake mereka semasa mereka maju melalui pengembangan, mengumpul lebih banyak pilihan penampilan dan membolehkan mereka terbang lebih jauh dan lebih pantas.
  • Revamp Sistem talent: Sistem talent baru memberi kuasa kepada pemain untuk membuat pilihan bakat yang kreatif dan berperisa tanpa menjejaskan keberkesanan mereka—dan yang paling penting, ia memberi mereka pilihan yang bermakna di setiap level.
  • Profession yang baik: Dalam Dragonflight, pemain yang bercita-cita untuk menjadi terkenal dengan kraf mereka akan menemui pelbagai ciri dan alatan baru untuk menyemarakkan cita-cita mereka, termasuk pesanan kerja yang dipacu pemain, peralatan profesion baru dan sistem pengkhususan serba baru.
  • UI yang dikemas kini: Dragonflight akan menyegarkan antara muka pengguna World of Warcraft, dengan penambahbaikan pada rupa dan rasa minimap dan elemen lain, dan pilihan baru untuk pemain menyesuaikan aspek UI yang berbeza mengikut citarasa mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai World of Warcraft: Dragonflight, sila lawati laman web rasmi. Segala informasi mengenai public-testing dan pelan pelepasan juga akan diumumkan di situ.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ExpansionWorld of WarcraftWorld of Warcraft: Dragonflight
Previous Post

MtG: Streets of New Capenna tampilkan artis dari Malaysia – akan tiba 29 April

Next Post

[Interview] World of Warcraft: Dragonflight – Kembali ke Azeroth bersama Patrick Dawson and Laura Sardinha

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Interview] World of Warcraft: Dragonflight – Kembali ke Azeroth bersama Patrick Dawson and Laura Sardinha

[Interview] World of Warcraft: Dragonflight - Kembali ke Azeroth bersama Patrick Dawson and Laura Sardinha

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd