Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World Cup Untuk Fortnite Creative Mode Bakal Tiba

Jumlah hadiah sehingga USD$3 Juta

Jade Ice by Jade Ice
April 21, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
World Cup Untuk Fortnite Creative Mode Bakal Tiba
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games telah mengumumkan satu penambahan menarik dalam build-up kepada Fortnite World Cup finals yang akan datang. Tournament ini masih mengekalkan mode battle royale daripada game tersebut, tetapi pada masa yang sama mereka akan memasukkan creative mode dalam pertandingan.

Creative mode ini telah dilancarkan pada Disember lepas dan rata-rata ianya semakin mendapat tempat dikalangan gamers. Epic bakal mengadakan acara dalam beberapa minggu dimana peserta boleh menghantar ciptaan mereka untuk di adili. Pemenang bakal berentap di World Cup finals di New York Julai ini. Untuk kategori ini, dikatakan hadiah yang menanti pemenang adalah USD$3 juta. Setakat ini banyak perincian masih tidak jelas, tetapi ini adalah dari Epic berkenaan proses kelayakannya:

Image result for fortnite world cup

Perjalanan ke Fortnite World Cup Creative Finals akan disertakan bersama 5 acara showcase bermula daripada 29 April hingga 7 Jun. Setiap minggu anda berpeluang mencuba creative trial terkini dan boleh menghantar klip terbaik anda dengan menggunakan hashtag spesifik untuk acara tersebut di YouTube. Captain istimewa Fortnite kami akan memilih pemenang daripada penyertaan tersebut. Pemenang setiap minggu akan ke New York City untuk menyertai Fortnite World Cup Creative Finals.

Ianya akan dimulakan dengan percubaan pertama, dan akan dibina dan di adili oleh Cizzorz. Saksikannya di saluran sosial Fortnite dan ikuti Cizzorz secara online untuk perkembangan dan berita terkini untuk percubaan kreatif pertama ini. Setiap minggu berikutnya satu percubaan kreatif baru akan diumumkan, dengan lebih peluang untuk layak ke pusingan akhir.

Kadangkala rasa agak janggal kerana mode seperti ini ada di World Cup, kerana dalam e-sport pertandingannya adalah lebih langsung seperti permainan games shooter, fighting dan strategy. Tetapi dalam kes ini, tentu ianya akan menjadi perhatian dan ini adalah peluang terbaik untuk melonjakkan lagi Creative Mode kerana ini adalah komponen untuk kelansungan game ini.

Image result for fortnite gif

Untuk Fortnite World Cup ini, Epic telah memberi peruntukan sebanyak USD$100 juta untuk tournament. Acara ini bakal berlansung di Stadium Arthur Ashe di New York yang memiliki kapasiti tempat duduk sebanyak 23,000. Jumlah hadiah untuk keseluruhan acara ini adalah USD$30 juta.

Sumber: The Verge

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: creative modeEpic GamesFortniteworld cup
Previous Post

Pemain No Man’s Sky Bina Notre-Dame

Next Post

Game Anime Animasi MOBA, ‘Extraordinary Ones’ kini sudah boleh dimainkan di Google Play! Sertailah sekarang!

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Game Anime Animasi MOBA, ‘Extraordinary Ones’ kini sudah boleh dimainkan di Google Play! Sertailah sekarang!

Game Anime Animasi MOBA, 'Extraordinary Ones' kini sudah boleh dimainkan di Google Play! Sertailah sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd