Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wo Long: Fallen Dynasty akan sediakan FREE DEMO di PC & konsol bermula 24 Feb!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 7, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Demo, Microsoft, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Wo Long: Fallen Dynasty akan sediakan FREE DEMO di PC & konsol bermula 24 Feb!
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo dan Team NINJA baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan demo percuma untuk Wo Long: Fallen Dynasty di semua platform utama pada 24 Februari. Dengan kira-kira hampir sebulan lagi sebelum pelancaran rasmi, ini peluang anda untuk mencuba game tersebut sebelum pelancaran rasminya.

https://twitter.com/WoLongOfficial/status/1622082587396014080

Sebarang ‘progress’ (kemajuan) yang dibuat dalam demo boleh dipindahkan ke game penuh apabila ia dikeluarkan. Pemain yang menghabiskan demo akan memperoleh DLC kosmetik “Crouching Dragon Helmet”.

Wo Long: Fallen Dynasty pernah mengeluarkan demo lain sebelum ini pada bulan September. Tersedia buat masa terhad, para pemain hanya mempunyai 10 hari untuk menghabiskan demo. Walaupun tempoh masanya pendek, demo ini berjaya mempamerkan sistem pertempuran dalam game, ciri ‘online multiplayer’ dan sejumlah ciri-ciri penting lain seperti character creator dan sebagainya.

Demo lama hanya tersedia untuk pengguna PlayStation dan Xbox, tetapi demo serba baharu ini akan tersedia untuk semua platform, termasuk PC.

Bagi mereka yang tidak tahu, Wo Long ialah game Soulslike baru oleh Team Ninja, yang membangunkan siri Nioh. Kita tahu bahawa jalan ceritanya berdasarkan kisah Three Kingdom, dan mengisahkan peperangan antara kerajaan-kerajaan China dari 220 hingga 280 AD. Tidak sepenuhnya tulen mengikut sejarah, game ini menceritakan semula era itu dalam cara yang lebih gelap dan mengisinya dengan elemen sihir, wira dan entiti jahat yang luar biasa.


Wo Long: Fallen Dynasty akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 3 Mac 2023 di seluruh dunia. Ia juga akan tersedia melalui Xbox Game Pass.

Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DemoPCWo Long: Fallen Dynasty
Previous Post

The Last Of Us Part 1 versi PC ditunda ke 28 Mac 2023

Next Post

Black Clover 350 – Rancangan jahat Lucius terbongkar! Apa nasib Sister Lily lepas ini?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Black Clover 350 – Rancangan jahat Lucius terbongkar! Apa nasib Sister Lily lepas ini?

Black Clover 350 - Rancangan jahat Lucius terbongkar! Apa nasib Sister Lily lepas ini?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd