Pada 9 Julai yang lalu, Netflix dan CD Projekt Red telah bekerjasama dalam mengadakan acara WitcherCon yang telah disiarkan secara global melalui Youtube dan Twitch. Acara ini menampilkan beberapa panel interaktif yang terdiri daripada pelakon The Witcher, seperti Henry Cavill, Anya Chalotra, Freya Allan, Mimi M Khayisa, Paul Bullion, Lauren Schmidt Hissrich dan Declan de Barra. WitcherCon turut mempamerkan kandungan pendek khas, selingan muzik, beberapa kejutan eksklusif yang belum pernah dilihat dari siri aksi The Witcher dan anime akan datang.
Ketika ditanya mengenai hubungan antara Geralt dan Ciri, Lauren Schmidt Hissrich menjawab mereka perlu melakukan salah satu adegan paling emosional dimana kedua-dua watak itu akhirnya menemui satu sama lain setelah mereka berdua sama-sama mencari sepanjang musim pertama. Lauren menyatakan ia seperti hubungan ayah dan anak perempuan, semuanya menjadi sempurna ketika itu, kecuali mereka tidak pernah bertemu. Beliau juga teruja untuk memulakan musim kedua apabila mengetahui Geralt dan Ciri masih belum bersama.
Lauren turut menambah yang beliau ingin tahu bagaimana watak mereka ini berkembang menjadi satu, dan apa yang anda akan lakukan jika berada di tempat Geralt. Kita tahu sebelum ini Geralt pernah bersumpah untuk tidak memerlukan sesiapa pun di dunia ini, dan kini dia perlu menjaga seorang gadis yang sebelum ini dijaga oleh orang lain. Pada Musim 2 nanti mereka tidak tahu cara untuk melakukannya, dan dalam masa yang sama perlu mengembangkan watak. Beliau ingin memastikan bahawa ia terasa seperti sebuah hubungan yang asli, walaupun pada awalnya mereka tidak serasi.
Di samping itu, Freya Allan telah ditanya mengenai jika penonton akan melihat Ciri dalam urutan latihan musim akan datang. Freya menyatakan ianya adalah salah satu perkara yang disukainya untuk Musim 2, kerana beliau suka melakukan semua itu. Beliau turut menyukai jabatan aksi kerana mereka mempunyai orang terbaik yang terlibat dan berusaha untuk memberikan yang terbaik dari pelakon. Ciri akan memulakan latihanya dan ia bakal menjadi fokus utama kerana dia ingin menjadi pejuang yang hebat dan seorang Witcher.
Anya Chalotra pula telah berkongsi mengenai perkara yang disukainya mengenai watak Yennefer, dan beliau menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Yennefer merupakan seorang survivor, dan itu adalah sebab Anya menyukainya, tetapi ada banyak sifat yang beliau suka kerana mereka sangat serupa dan membentuk antara satu sama lain.
Selain itu, Henry Cavill telah ditanya mengenai perjalanan wataknya sebagai Geralt, dan beliau menyatakan yang Geralt telah keluar ke dalam hutan tanpa peluang untuk banyak berdialog. Beliau memikirkan adalah lebih baik menjadi lelaki yang kurang bercakap kerana nampak seperti dia banyak berfikir, dan itulah sebabnya watak Geralt sebegitu. Namun, apabila babak bersama Cirilla, Witcher, di kediamannya, dan bersama orang yang dikenali, Henry berpendapat bahawa penonton perlu membiarkannya lebih lisan, berfalsafah dan banyak bercakap bagi menjadi intelektual, kerana itulah Geralt yang sebenar. Henry menambah yang Geralt bukan hanya orang tua berambut putih dan mempunyai fizikal besar.
Dalam acara WitcherCon ini juga, Lauren telah menjawab mengenai watak baru di Musim 2, dan beliau menyatakan ada ramai watak yang bakal tiba di musim baru. Penonton akan melihat Dijkstra buat kali pertama dan Redanian Kingdom. Beliau tahu ramai peminat begitu teruja untuk bertemu Philippa, Codringher, Fenn, Rience dan Nenneke buat kali pertama. Lauren mengatakan terlalu ramai watak baru yang bakal tiba, tetapi Vesemir adalah salah satu watak dinantikannya. Vesemir sangat penting dalam kisah yang ingin disampaikan pada Musim 2, dan mereka akan kembali ke Kaer Morhen buat pertama kali, serta Geralt menjadi ayah kepada Ciri. Ini pastinya akan berakhir dengan kisah multigenerasi kerana Vesemir dan Ciri juga mempunyai cerita yang menjadikannya seperti setiap watak perlu berinteraksi dan belajar antara satu sama lain serta saling bertengkar.
The Witcher Musim 2 bakal tiba tidak lama lagi dan kita bakal melihat lebih ramai watak baru yang akan mengembangkan jalan cerita ini. Malah, penonton juga dapat melihat bagaimana Geralt dan Ciri menjalinkan hubungan ayah dan anak di antara mereka pada musim seterusnya. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan WitcherCon, anda boleh layari laman rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post