Diam-diam ubi berisi rupanya Ubisoft, tahu-tahu dah lancarkan satu game battle royale baru yang bernama Wild Arena Survivor di iOS dan Android. Nak tahu lebih lanjut, jom teruskan baca artikel ini.
Wild Arena Survivor adalah game battle royale yang dimainkan di satu kepulauan kecil di mana terdapat banyak haiwan liar hidup, tempat-tempat terbengkalai dan bermacam-macam lagi. Pilih “survivor” dan bertarung dengan 40 pemain lain dalam satu peta.
Dengan meneroka satu pulau tersebut, korang boleh menjumpai pelbagai sumber yang membuatkan anda lebih kuat untuk mempertahankan diri daripada haiwan liar dan melawan pemain lain.

Selain itu, korang boleh membuka dan upgrade survivor yang unik. Setiap daripada mereka mempunyai senjata, ability dan playstyle yang tersendiri. Untuk mencapai potensi sebenar mereka, korang perlu membuka dan level up mereka.

Cari peti harta karun dan tingkatkan kelengkapan semasa bertempur. Dengan mencari harta karun, korang akan menjumpai lebih banyak sumber untuk upgrade senjata dan item setiap perlawanan. Bertahan dalam pulau yang penuh dengan haiwan liar juga adalah satu matlamat.
Korang yang tak suka main secara solo, game ini juga menyediakan mode Duo di mana korang boleh mengajak kawan-kawan main sekali. Jadi, anda boleh mengatur strategi untuk menang perlawanan tersebut.

Bosan kalau main tidak dapat ganjaran kan. Jadi, game ini juga dilengkapi dengan wild pass bersama misi yang akan memberikan korang ganjaran yang banyak. Melalui Wild Pass, korang akan diberikan ganjaran seperti Wardcoin, Survivor, Wardbox, Survivor Token, Gems dan banyak lagi. Wild Pass ini boleh didapati secara percuma dan berbayar tetapi yang percuma akan menerima ganjaran yang sedikit dan terhad.
Tetapi untuk meningkatkan point dalam Wild Pass, korang perlu habiskan misi yang tersedia. Misi pula terbahagi kepada dua iaitu Misi Harian dan Misi Season (Not-So-Humble Beginnings). Lagi banyak korang habiskan misi, lagi banyak korang dapat point.

Saya ingin mengingatkan korang bahawa Wild Arena Survivor kini telah tersedia di iOS dan juga Android. Ajak kawan korang main ramai-ramai untuk dapatkan pengalaman yang lebih menyeronokkan. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post