Sejak kemunculan BlitzGreymon di anime Digimon Adventure 2020, ramai peminat Digimon yakin bahawa evolusi baru untuk Gabumon akan tiba tidak lama lagi. Walaupun banyak episod telah berlalu, akhirnya WereGarurumon berubah menjadi CresGarurumon dalam cara yang agak dramatik!
HARAP MAKLUM! TERDAPAT SPOILER UNTUK DIGIMON ADVENTURE 2020 EP 56
Diperkenalkan dalam permainan video, BlitzGreymon dan CresGarurumon adalah evolusi Mega alternatif untuk Agumon dan Gabumon, dan digelar sebagai “subspecies.” Dalam Episod 56, debut anime CresGarurumon muncul ketika Gabumon dan Yamato bertemu dengan Digimon samurai bernama Zanbamon di sebuah hutan.
Bagi mereka yang tidak tahu, evolusi CresGarurumon sebenarnya secara langsung berkait rapat dengan latar belakang Zanbamon. Penduduk kampung menceritakan sebuah kisah lama kepada Yamato dan Gabumon bahawa seorang pahlawan emas yang memegang “pedang bulan sabit kuning” akan datang untuk membantu menyelamatkan mereka daripada kuasa jahat Zanbamon. Gabumon mula sedar bahawa dia mungkin adalah pahlawan tersebut dia mula bermimpi tentang CresGarurumon.
Setelah kedua-dua WereGarurumon dan MetalGreymon gagal mengalahkan Zanbamon, Yamato berjaya jumpa pedang legenda ini, yang merupakan objek penting untuk membuka potensi tersembunyi Gabumon. Dalam pertarungan, pedang ini terbelah kepada dua. Sambil memegang bahagian yang terbelah itu, kekuatan persahabatan Yamato dan WereGarurumon mencetuskan evolusi CresGarurumon!
https://www.youtube.com/watch?v=LEZ4rSVKAaw
Seperti filem klasik samurai, CresGarurumon mengalahkan Zanbamon menggunakan satu serangan kuat yang menyebabkan kepala Zanbamon jatuh dari badannya. Ala-ala macam penggal kepala lah kan. Kini, siri anime Digimon Adventure 2020 mempunyai dua komponen penting yang diperlukan untuk Omegamon Alter-S. Adakah ia akan berlaku? Saya pun tidak tahu tetapi kemungkinan besar, saya akan kata ya. Untuk segala liputan kami tentang francais Digimon, sila tekan pautan ini.
Sumber – Wikimon
@gamersantaimy
Discussion about this post