Khas untuk penggemar webtoon, kami mendapat maklumat eksklusif bahawa webtoon popular The Player Who Can’t Level Up akan menerima adaptasi game oleh Tripearl Games! Manson Jeong selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tripearl Games berkata bahawa studio telah memperoleh hak untuk membangunkan game berdasarkan IP “The Player Who Can’t Level Up“, yang digayakan mengikut V.E.D.A (satu lagi game buatan mereka).

Didedahkan secara rasmi di Busan Indie Connect Festival 2023, game ini dirancang akan keluar di Nintendo Switch, PC, Android, iOS, Xbox Series X|S dan PS5. The Player Who Can’t Level Up masih awal dalam fasa pembangunan, tetapi studio mensasarkan untuk melancar game ini pada tahun 2025 dengan PC sebagai platform utama.
Bagi mereka yang kurang tahu tentang The Player Who Can’t Level Up, webtoon ini tersebut kini diterbitkan sejak 2021 dan ditulis oleh GaVinGe, Parrot Kim dan dilukis oleh PARK Jungjae, Studio Khit. Berikut adalah sinopsis:
Apabila Kim Kigyu menerima jemputan untuk menjadi player (siap dengan kebolehan unik), dia anggap perjuangannya telah berakhir. Tetapi tidak kira betapa kerasnya dia mencuba, dia nampaknya tidak dapat melepasi level 1!
Selepas lima tahun bekerja sebagai “guide” di tingkat bawah dalam menara, dia akhirnya menemui abiliti untuk menyambung dengan “Ego” dan meningkatkan statistiknya. Apabila abiliti baharu ini membuka pengembaraan di alam yang belum diterokai, Kigyu mendapat peluang untuk menentang jangkaan dan menunjukkan kepada dunia bahawa level bukanlah segala-galanya.

Jadi bagaimana game ini diadaptasikan ke platform gaming? Teruskan membaca interview eksklusif kami bersama Manson Jeong, CEO Tripearl Games CEO, untuk info lanjut!

Bolehlah anda menjelaskan bagaimana anda dapat membangunkan game bagi IP yang hebat ini?
Manson Jeong: Sebenarnya, senarai seluruh webtoon yang tersedia telah dikongsi dengan kami dan webtoon tersebut boleh dibincangkan dengan Kakao Entertainment.
Kerana kami adalah syarikat berasaskan game aksi konsol, kami memilih IP itu – The Player Who Cant’t Level Up. IP ini adalah yang paling sesuai dan merupakan padan terbaik. Selepas memilih [The Player Who Cant’t Level Up], kami memberikan beberapa dokumen untuk rancangan tambahan, untuk pelan masa depan. Kami terpilih dan begitulah ceritanya.
Salah satu perkara yang bertuah ialah; dalam pelan awal pertama, kami mencadangkan bahawa IP ini akan berdasarkan VEDA, yang merupakan game konsol aksi souls-lite dan Kakao Entertainment sangat positif terhadap game kami pada masa itu. Jadi mereka sangat berminat untuk bekerja dengan kami.
Adakah anda sangat kenal dengan IP itu?
Manson Jeong: Saya secara peribadi membaca webtoon itu dan [sangat] menikmatinya; lebih-lebih lagi kerana seperti yang anda tahu, The Player Who Cant’t Level Up, IP itu sangat terkenal di peringkat global.
Di Amerika dan Jepun, ia sangat popular dan ada lebih 100 episod dalam IP ini, yang menonjol kerana peminatnya yang ramai. Kami sentiasa melakukan perbincangan berterusan dengan Kakao Entertainment, penulis asal IP dan juga pemilik IP. Kami sentiasa berbual dengan tiga orang ini.

Dalam The Player Who Cant’t Level Up, sangat jelas bahawa pemain tidak boleh naik level sendiri. Adakah anda rasa itu adalah sekatan untuk mencipta game bagi protagonis?
Manson Jeong: Saya tidak percaya bahawa judul itu sendiri akan menjadi limitasi kepada protagonis kerana game ini berdasarkan V.E.D.A dan ia tidak memfokuskan kepada sistem perkembangan seperti sistem RPG.
Ia sepatutnya berdasarkan sistem rogue-lite supaya pemain itu sendiri tidak boleh level up melalui Egos (abiliti dalam webtoon tersebut) atau item.
Mereka boleh upgrade peralatan dan lebih-lebih lagi apabila pemain lebih membiasakan diri dengan game dan mencapai level lebih tinggi, maka mereka boleh melakukan pelbagai gerakan konsep unik. Jadi saya percaya bahawa judul itu sendiri bukanlah satu limitasi, ia sebenarnya satu kelebihan untuk kami.
Memandangkan anda membuka tentang topik Ego, bagaimanakah Ego berfungsi dalam gameplay? Dalam webtoon, ada ego tertentu dan anda boleh bercakap dengan pemain. Adakah itu berlaku dalam game juga?
Manson Jeong: Satu aspek besar adalah ada dua cara kami merancang untuk melaksanakan EGO.
Seperti yang anda tahu dalam IP webtoon, ada Elle dan Lou. Kedua-duanya adalah Ego utama dan jika anda membaca webtoon, mereka banyak jenaka dan bergurau dengan pembaca jadi kami akan cuba menerapkan aspek tersebut ke dalam game.
Kedua kami akan menambah lebih banyak jenis Ego dan lebih banyak sub-Ego supaya pemain boleh menggunakan Ego dalam pelbagai cara untuk lebih menikmati game. Kami juga merancang untuk menambah beberapa Ego yang tidak ada dalam webtoon. Kami cuba menggunakan ini sebagai faktor yang menyeronokkan.

Webtoon dihasilkan secara 2D, manakala game dibuat dalam Unreal Engine secara 3D. Bagaimana anda menghidupkan watak 2D dalam The Unreal Engine dan menjadikannya kelihatan autentik?
Manson Jeong: Sistem pertempuran itu sendiri berdasarkan VEDA, jadi ada prototaip di situ. Tetapi untuk seni dan grafik, tiada apa-apa yang ditetapkan lagi kerana ia dalam fasa R&D sekarang.
Salah satu contoh terbesar yang boleh kami berikan kepada anda ialah kerja toon shading dalam banyak game subkultur. Seperti yang anda lihat, banyak watak dan latar belakang mempunyai rupa ala kartun.
Jadi kami tidak pasti berapa jumlah toon shading yang perlu kami masukkan ke dalam watak. Kerana ada beberapa game yang -walaupun wataknya sangat kartun-, latar belakang dan persekitarannya lebih realistik. Sebab itu kami dalam peringkat R&D. Selepas R&D, kami akan mempunyai aliran kerja tetap untuk seni.
Adakah anda mempunyai tarikh keluaran untuk bila projek ini akan selesai?
Manson Jeong: Tidak ada tarikh tetap, tetapi untuk jadual keseluruhan, kami akan memulakan pembangunan The Player Who Cant’t Level Up pada awal 2024. Kami merancang untuk mengeluarkan versi rasmi bagi game ini pada separuh kedua 2025.
Sebab kami merancang untuk mula membangunkan game ini pada tahun depan adalah kerana kami lebih tertumpu pada pembangunan game semasa bernama VEDA, tetapi ini bukan kelemahan kerana sistem perempuran The Player Who Cant’t Level Up adalah berdasarkan sistem V.E.D.A dan disebabkan, isu kontrak kami memfokuskan pada VEDA pada masa ini tetapi akan ada kaitan dengan The Player Who Can’t Level Up.
Platform apa yang anda ingin mengutamakan untuk pelancaran The Player Who Cant’t Level Up?
Manson Jeong: Kebanyakan proses pembangunan adalah PC dahulu jadi kami akan membangunkan The Player Who Cant’t Level Up di platform PC, tetapi kami juga merancang untuk membangunkan game ini dalam platform konsol juga.
Jika pembangunan game atau perbincangan dengan penerbit dan syarikat lain yang berkaitan dengan IP ini berjalan lancar, kami berharap untuk mengeluarkan pada PC dan konsol pada masa yang sama.

Apa-apa kata terakhir untuk pembaca?
Manson Jeong: Disebabkan Tripearl Games ialah pasukan dengan empat ahli, purata pengalaman kerja mereka adalah melebihi 20 tahun dan kebanyakan latar belakang kerja mereka setiap hari adalah aksi RPG.
Jadi ramai orang sangat berminat bukan sahaja dalam pasukan kami, tetapi juga dalam VEDA yang sedang dibangunkan dan juga The Player Who Cant’t Level Up yang merupakan IP sangat terkenal di peringkat global. Disebabkan kami mendapat banyak perhatian untuk VEDA dan The Player Who Can’t Level Up, kami menjadi tumpuan di kalangan game indie dan juga industri gaming.
Kami benar-benar berharap untuk berjaya melalui IP ini dan memastikan semua peminat, dan pihak pembangunan berpuas hati.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Manson Jeong serta John Joo, Pengurus Perniagaan di Tripearl Games kerana sudi menjawab semua soalam kami tentang permainan The Player Who Can’t Level Up di BIC 2023! Semoga pembangunan game ini berjalan lancar!
Untuk info lanjut tentang game lain di BIC 2023, anda boleh melayari pautan di bawah:
<Info Busan Indie Connect Festival 2023>
- Laman web rasmi: https://bicfest.org
- Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
- Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
- Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
- Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
- Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
@gamersantaimy
Discussion about this post