Bandai Namco Entertainment Asia akhirnya melancarkan We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Untuk pengetahuan anda, We Love Katamari merupakan tajuk kedua dalam siri Katamari Damacy yang dilepaskan pada 2005, dan kini ia kembali dalam versi remastered. Game ini mengekalkan gameplay tipikal Katamari Damacy, dengan menggolek Katamari dan menyelubungi segala-galanya untuk menjadikannya lebih besar. Dengan penambahbaikan pada grafik, ia membuatkan game lebih mudah dimainkan. Tidak kiralah anda bermain game ini semasa zaman PS2 atau bermain siri Katamari Damacy yang baru, anda boleh bergolek di seluruh dunia sepuas-puasnya!

Sempena meraikan pelancaran We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie, trailer yang memaparkan pandangan dunia unik game telah dikeluarkan.
Katamari Damacy Series Music Pack DLC juga tersedia hari ini. Pek ini mengandungi 25 lagu yang akan digemari oleh peminat siri Katamari Damacy, mengimbau kembali kenangan peringkat yang tidak dapat dilupakan hanya dengan mendengarnya. Pemain juga boleh mencipta playlist mereka sendiri dengan fungsi “Favorite BGM” – elemen baharu dalam game ini. Semua lagu dalam Katamari Damacy Series Song Pack DLC akan disertakan dalam game.

Pemain yang membuat pra-pesanan Deluxe Edition, yang tersedia secara eksklusif untuk versi muat turun digital, atau membeli Special Edition, yang hanya tersedia di Steam, akan menerima Kostum Little King dan Little Prince – yang boleh dipakai oleh Prince dan mana-mana sepupunya. Kedua-dua edisi mengandungi game utama serta Katamari Damacy Series Music Pack DLC.

Kandungan Deluxe Edition [PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series, Switch]
- Salinan game We Love Katamari REROLL + Royal Reverie
- Katamari Damacy Series Music Pack DLC, yang merangkumi 25 lagu tambahan daripada siri Katamari Damacy
Kandungan Special Edition [Steam]
- Salinan game We Love Katamari REROLL + Royal Reverie
- Katamari Damacy Series Music Pack DLC, yang merangkumi 25 lagu tambahan daripada siri Katamari Damacy
- Kostum Little Prince

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game ini, anda boleh ke laman web rasmi game. Kalau anda ingin mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post