Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan yang We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie akan dilancarkan pada 1 Jun 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch. Manakala pelancaran di PC melalui Steam pula akan berlaku pada 2 Jun 2023.
Kalau korang nak tahu, We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie adalah versi remastered kepada game yang asal di mana We Love Katamari pernah dilancarkan pada tahun 2005 di PlayStation 2. Dengan mengekalkan gameplay klasik “Katamari Damacy”, game ini telah ditambah baik dari segi grafik dan playability yang canggih.

We Love Katamari adalah satu game yang agak mudah tetapi sangat menyeronokkan. Anda hanya perlu menggulingkan Katamari dan kumpulkan semua objek yang melekat pada badannya sehingga menjadi lebih besar.
Walau bagaimanapun, game ini masih mempunyai jalan cerita yang menarik di mana King of All Cosmos tidak sengaja memusnahkan semua bintang dan angkasa kecuali bumi. Dia menghantar anaknya Putera turun ke bumi dan diarahkan untuk mencipta Katamari yang sangat besar. Dia yang sangat patuh dengan arahan ayahnya, kini Putera menjadi Katamari sangat besar sehingga menyerap semua jenis objek yang ada di permukaan bumi.

Banyak Katamari yang dihasilkan telah pulang ke “heavens” dan mengembalikan keindahan alam semesta. Dengan melihat langit pada waktu malam yang pulih, orang di seluruh dunia berterima kasih kepada raja. Untuk tidak menghampakan rakyat bumi, dia menghantar anaknya kembali ke bumi dan menunaikan setiap hajat rakyat mereka.

Selain itu, mereka juga akan memperkenalkan mode baharu iaitu Royal Reverie di mana ia telah diilhamkan daripada filem mereka sendiri “We Love Katamari”. Mode ini akan terdiri daripada lima cabaran baharu dari zaman kanak-kanak Raja. Selalunya, kita akan mengawal Putera tetapi di dalam mode ini, kita akan mengawal Raja itu sendiri.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie bakal dilancarkan pada 1 Jun 2023 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch. Manakala untuk PC melalui Steam pula akan tersedia pada 2 Jun 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post