Ubisoft mengumumkan bahawa Watch Dogs: Legion akan menawarkan “free-to-play weekend trial” atau sesi hujung minggu percuma bermula 3 September (hari ini sepatutnya). Tawaran tersebut akan tersedia di platform PS4, PS5, dan PC melalui Ubisoft Store, dan Epic Games Store dan buat masa ini, korang boleh pre-load dahulu Watch Dogs: Legion sebelum acara bermula.Sebelum acara tamat pada 5 September, segala progress yang korang buat semasa bermain di sesi hujung minggu percuma akan diteruskan ke permainan penuh jika ada yang berminat untuk membuat pembelian penuh.
Sempena itu, pelbagai promosi dan penjualan akan tersedia semasa acara, termasuk potongan harga pada permainan penuh dan Season Pass:
1. PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store: diskaun 60% dari edisi Standard, Deluxe, Gold, dan Ultimate, dan potongan 25% untuk Season Pass.
2. PlayStation 5 dan PlayStation 4: Diskaun 55% untuk edisi Deluxe dan 50% untuk edisi Gold.

Malangnya, promosi dan sesi hujung minggu percuma tidak disediakan untuk pengguna Xbox.
Baru-baru ini, acara crossover Watch Dogs: Legion dan Assassin’s Creed menampilkan Darcy dari anggota Brotherhood pada 24 Ogos 2021 nanti. Pada masa yang sama, Watch Dogs: Legion telah melancarkan DLC Bloodline baru, yang korang boleh membaca ulasan pendek kami menggunakan pautan ini.
Pemain boleh mengakses expansion Watch Dogs: Legion – Bloodline melalui Season Pass (RM39.90), yang tersedia sekarang atau sebagai sebahagian daripada Watch Dogs: Legion edisi Gold dan Ultimate. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Watch Dogs: legion, korang juga boleh klik di sini.
Sumber – Ubisoft
@gamersantaimy
Discussion about this post