Baru-baru ini, Microsoft telah mendedahkan rekaan baru untuk Xbox Wireless Controller, iaitu Aqua Shift Special Edition. Controller ini menampilkan gaya kilauan “color-shifting” mengagumkan, dan mungkin dapat membuat anda lebih tenang semasa bermain dalam suasana multiplayer yang kecoh. Controller edisi khas ini juga boleh disesuaikan untuk Xbox Series X|S, Xbox One, Windows 10 dan mobile.

Controller Aqua Shift adalah pengawal edisi khas pertama untuk Xbox Series yang menampilkan grip sisi getah dengan warna ganda unik pada setiap unit. Tekstur grip pada trigger, bumper dan casing belakang memastikan anda dapat memegangnya dengan penuh kemas tidak kira sengit bagaimana pun keadaan ketika itu. Butang Share next-gen boleh disesuaikan dalam aplikasi Xbox Accessories untuk mengambil screenshot dan membuat rakaman klip gaming hebat anda!
Klip yang dirakam boleh terus dikongsikan kepada rakan anda melalui dashboard konsol atau telefon bimbit! Xbox Accessories juga dapat digunakan untuk mapping semula butang kawalan dan membuat profil controller tersesuai untuk game kegemaran anda bagi meningkatkan pengalaman gaming!
Microsoft bakal melancarkan Controller Wireless Aqua Shift Special Edition ini pada 31 Ogos nanti, dan anda boleh mula membuat pra-pesanan controller ini sekarang. Harga pasaran yang dimaklumkan untuk controller ini adalah $69.99 (anggaran RM296.12) dan akan tersedia di pasaran global serta boleh didapatkan di laman rasmi Xbox.
Sekiranya warna ini tidak sesuai dan kurang menarik untuk citarasa anda, mungkin ianya boleh pertimbangkan untuk membuat rekaan sendiri di Xbox Design Lab. Melalui sistem ini, ia menyediakan program penyesuaian yang menawarkan pelbagai cara untuk membuat Xbox Wireless Controller anda sendiri. Peminat boleh menyesuaikan warna di hampir semua bahagian luaran alat kawalan termasuk badan, casing belakang, D-pad, bumper, pemicu, thumbstick, ABXY, View, Menu dan butang Share.

Apa pendapat anda mengenai rekaan baru controller Xbox yang diumumkan Microsoft ini? Kongsikan pendapat anda bersama kami di ruang komen. Untuk membaca segala liputan kami berkaitan Xbox, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.
Sumber: NewsXbox
@gamersantaimy
Discussion about this post