Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Walaupun PS5 keluar, PS4 tetap akan disokong sejauh 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2020
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Walaupun PS5 keluar, PS4 tetap akan disokong sejauh 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation memang akan sangat sibuk beberapa minggu ini, memandangkan tarikh pelancaran PS5 sudah hampir dan Ketua Pegawai Eksekutif PlayStation, Jim Ryan, sedang sibuk menghadiri wawancara demi wawancara untuk memberi maklumat kepada orang ramai. Dalam temubual baru-baru ini dengan Jim Ryan melalui GamesIndustry.biz, dia berkongsi banyak maklumat tentang pelancaran PS5, dan juga apa yang akan berlaku pada masa depan untuk PS4 selepas konsol generasi seterusnya dilancarkan. Secara khusus, beberapa permainan eksklusif PS5 mungkin boleh dimainkan di PS4 pada masa akan datang sejauh tahun 2022.

CEO PlayStation, Jim Ryan

Bagi mereka yang tidak tahu, PS5 mempunyai salah satu senarai pelancaran paling mengagumkan setelah sekian lama. Permainan seperti Demon’s Souls Remake dan Spider-Man: Miles Morales kelihatan sangat menarik dan pasti akan meningkatkan penjualan konsol semasa hari pelancaran. Walau bagaimanapun, ramai yang memperhatikan bahawa permainan PS5 seperti Spider-Man: Miles Morales dan Horizon Forbidden West juga akan datang ke PS4. Reaksi terhadap berita ini agak bercampuran dalam komuniti, tetapi menurut Jim Ryan, ini semua nampaknya rancangan Sony untuk terus maju.

Wawancara ini secara ringkas menyentuh subjek masa depan PS4. Ryan mengatakan bahawa Sony juga melihat masa depan PS4 seperti PS5, memandangkan platform ini masih mempunyai “fan-base” yang sangat besar. Semasa bercakap tentang aktiviti PS4 semasa wabak coronavirus, Ryan berkata,

“Ia boleh menjadi sangat kuat, kerana pada tahun 2021, 2022 … komuniti PS4 yang telah kita bincang tadi, mereka akan menjadi sebahagian besar warga di PlayStation pada masa itu. Ia amat penting untuk memastikan mereka terus terlibat dan gembira.”

Ryan tidak membuat kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa permainan eksklusif PS5 akan keluar di PS4, tetapi kita dapat simpulkan jawapan sendiri. Sekiranya Ryan mendakwa bahawa PS4 akan disokong sehingga 2022, konsol ini harus menerima perisian baru. Ia amat masuk akal jika perisian baru yang dimaksudkan adalah sesuatu yang membolehkan kita bermainan permainan PS5 di PS4. Jika apa yang dikatakan oleh Ryan benar, nampaknya Sony telah mengubah hala tuju mereka setelah melihat populariti PS4 baru-baru ini.

Sumber: GamesIndustry.biz

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: jim ryanplaystationPS4ps5Sony
Previous Post

Kelayakan IESF ESPORTS WORLD CHAMPIONSHIP 2020 Asia Tenggara

Next Post

Tenaga Kilat tanpa henti! Jom usha review Razer | Pokémon kami~ I Choose You!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Tenaga Kilat tanpa henti! Jom usha review Razer | Pokémon kami~ I Choose You!

Tenaga Kilat tanpa henti! Jom usha review Razer | Pokémon kami~ I Choose You!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd