Square Enix mengumumkan yang Voice of Cards Trilogy kini tersedia secara digital di PlayStation 4, Nintendo Switch, PC melalui Steam dan Mobile melalui Apps Store dan Google Play Store.
Set trilogy ini mengandungi sebanyak 3 game termasuk Voice of Cards: The Isle Dragon Roars, Voice of Cards: The Forsaken Maiden dan Voice of Cards: The Beasts of Burden. Namun, saya perlu mengingatkan anda bahawa versi mobile dijual satu per satu dan bukannya dalam bentuk bundle seperti platform yang lain. Berikut adalah maklumat terperinci bagi setiap game.
Voice of Cards: The Isle Dragon Roars

Pemain akan berpeluang untuk meneroka cara bercerita yang unik dan mengembangkan imaginasi mereka. Pemain akan meneroka melalui cerita yang ditetapkan lama dahulu dalam dunia pedang dan sihir, seperti yang diceritakan oleh suara naratif Game Master.
Ikuti protagonis semasa dia mula membunuh Dragon yang baru tersedar dalam usahanya untuk mendapatkan ganjaran yang besar. Semasa dia dan rakannya menavigasi melalui pengembaraan mereka, pemain akan mengambil bahagian dalam pertempuran turn-based padang dan dungeon yang berlaku di atas board, mengikut cara RPG tabletop tradisional.
Voice of Cards: The Forsaken Maiden

Terletak di rangkaian pulau terpencil yang telah dilindungi oleh Maidens selama beberapa generasi, Voice of Cards: The Forsaken Maiden ialah pengembaraan turn-based yang akan membolehkan pemain mengikuti protagonis untuk menyelamatkan penduduk pulau itu ketika mereka menghadapi ancaman kemusnahan.
Dalam kisah menyentuh hati yang berlatarkan dunia kecantikan melankolik ini, pemain akan belayar ke laut, bersama-sama dengan Laty, seorang gadis yang gagal menjadi maiden.
Voice of Cards: The Beasts of Burden

Sebagai keluaran ketiga dalam francais Voice of Cards, Voice of Cards: The Beasts of Burden membolehkan pemain untuk memerangkap raksasa yang mereka kalahkan dalam kad untuk menggunakannya sebagai skill dalam pertempuran.
Ikuti kisah baharu yang berlatarkan dunia di mana beribu tahun kebencian berlaku antara raksasa dan manusia, dan seorang gadis yang kehilangan rumahnya bersumpah membalas dendam terhadap raksasa. Dia berganding bahu dengan seorang budak lelaki misteri ketika mereka pergi ke tempat yang tidak diketahui dan membongkar nasib dunia yang hancur ini.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Voice of Cards Trilogy telah pun tersedia secara digital di PlayStation 4, Nintendo Switch, PC melalui Steam dan Mobile melalui iOS dan Google Play Store.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post