Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Viz Media mempunyai pengumuman besar mengenai Shonen JUMP!

Maira by Maira
January 19, 2022
in Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Viz Media mempunyai pengumuman besar mengenai Shonen JUMP!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga merupakan salah satu bahan bacaan yang popular di seluruh dunia dan ia mempunyai lebih banyak ruang untuk berkembang. Setelah banyak usaha untuk membawa medium itu ke seluruh dunia, kita boleh nampak peningkatan dalam jualan manga mengalahkan medium grafik lain seperti komik dan lain-lain. Sudah tentu manga yang paling banyak dijual datang dari Shonen Jump dan Viz Media, yang menerbitkan siri Shueisha itu dalam bahasa Inggeris.

Melalui Twitter, Viz Media telah mengeluarkan satu tweet yang pendek dan ringkas. Nampaknya akan ada sesuatu yang besar akan diumumkan tidak lama lagi. Tweet itu juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat. Berikut adalah tweet asal dari Viz Media:

Soon you’ll be able to show your Shonen Jump love in a whole new way. Exciting announcement tomorrow! pic.twitter.com/bXKwJwDqtk

— Shonen Jump (@shonenjump) January 18, 2022

Ramai daripada peminat menjangkakan bahawa ia akan mengeluarkan NFT untuk siri Shonen Jump memandangkan NFT kini menjadi salah satu trend besar dalam dunia seni. Bukan setakat itu sahaja, ramai yang sanggup membatalkan langganan mereka jika betul Viz Media ingin mengeluarkan NFT. Malah ada yang sanggup bersedia untuk membaca manga cetak rompak dari laman web tidak rasmi. Itu sudah tentu mengembalikan ramai pembaca ke laman web lanun dan menjejaskan industri itu semula.

Viz Media akhirnya memberikan respon bahawa pengumuman besar itu bukanlah NFT. Itu sudah tentu melegakan hati ramai peminat manga. Jadi, peminat memang tidak akan mendapat apa-apa pentunjuk lain daripada penerbit itu. Setakat ini, Viz Media sememangnya cemerlang dalam melepaskan tajuk-tajuk manga popular. Malah, anda juga boleh membaca semula siri yang sudah tamat yang tersedia pada platform itu.

RelatedPosts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

Agaknya apakah yang akan diperkenalkan oleh Viz Media esok? Merchandise? Barangan lain untuk siri Shonen Jump? Apa pula yang anda harapkan sebagai peminat? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai manga, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangashonen jumpViz Media
Previous Post

Moontoon bakal memperkenalkan NFT Mobile Legends tetapi dalam sistem gacha

Next Post

Pemain Genshin Impact membuat formula matematik daripada attack damage, element dan banyak lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Pemain Genshin Impact membuat formula matematik daripada attack damage, element dan banyak lagi!

Pemain Genshin Impact membuat formula matematik daripada attack damage, element dan banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd