Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

vivo Y36 5G rasmi lancar di Malaysia, harga semurah RM1099!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2023
in Artikel, Berita, Promosi, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
vivo Y36 5G rasmi lancar di Malaysia, harga semurah RM1099!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, vivo telah memperkenalkan vivo Y36 5G, tambahan terbaru dalam siri telefon pintar yang poket mesra namun berkemampuan tinggi, Y series. Boleh didapati sekarang di Malaysia, nilai harganya hanya RM1099 – sangat sesuai dan mesra bajet!

Kredit: vivo

Dengan paparan dotch 6.64 inci FHD+ (2388 × 1080), kelajuan penyegaran 60 Hz, kadar touch sampling yang tinggi, dan rentang warna P3, Y36 5G mampu mencapai kecerahan maksimum 650 nits. Di dalam, ia mengandungi cip 5G terkini MediaTek Dimensity 6020, 8 GB RAM, memori maya tambahan sebanyak 8GB, dan 256GB storan.

Bateri besar 5000 mAh dengan FlashCharge 44W pula memastikan anda tidak akan melepaskan sebarang momen penting, manakala ketahanan air dan habuk IP54 memastikan kepuasan yang sepenuhnya ketika berhibur. Di bahagian kamera, Y36 5G memiliki kamera HD belakang 50 MP dan kamera HD potret hadapan 16 MP.

Direka untuk menggabungkan ketahanan dengan kemudahan, semua ini demi memberikan pengalaman telefon pintar yang seronok dan memuaskan kepada pengguna yang kekurangan bajet.

Harga dan Ketersediaan

Kredit: vivo

vivo Y36 5G boleh didapati pada harga RM 1099 dalam warna Semporna Hijau dan Mystic Hitam. Pengguna boleh mendapatkannya di semua kedai konsep vivo, pengedar berlesen, E-Store rasmi vivo Malaysia, dan kedai flagship rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada, dan TikTok.

Dari 13 Jun hingga 16 Julai 2023, pelanggan yang membeli vivo Y36 5G boleh mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM298, termasuk sepasang alat pendengar TWS dan serta jaminan lanjutan selama 1 tahun. Selain itu, pelanggan yang menerima SMS daripada kedai konsep vivo berhak mendapatkan perlindungan skrin selama 1 tahun namun perlu menebusnya dalam tempoh yang ditetapkan.


Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila merujuk kepada laman rasmi vivo Malaysia. Baca segala berita kami tentang produk vivo di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaSmartphonevivo Y36 5G
ShareTweetSend
Previous Post

shopDisney Asia Akan Mulakan Jualan “Twice Upon a Year Sale” Bermula 15 Jun hingga 26 Jun!

Next Post

Review F1 23 oleh EA Sports – Lumba ke garisan penamat bersama pasukan F1 kegemaran

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review F1 23 oleh EA Sports – Lumba ke garisan penamat bersama pasukan F1 kegemaran

Review F1 23 oleh EA Sports - Lumba ke garisan penamat bersama pasukan F1 kegemaran

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd