Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

vivo Malaysia rasmi mengumumkan siri flagship X70! Harga bermula RM2499!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 22, 2021
in Artikel, Berita, Produk, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
vivo Malaysia rasmi mengumumkan siri flagship X70! Harga bermula RM2499!
0
SHARES
299
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

vivo hari ini secara rasmi melancarkan siri telefon pintar X70 bermula di Malaysia bermula pada nilai harga RM2499! Siri X70 – yang terdiri daripada X70, dan X70 Pro – menandakan era seterusnya dalam teknologi kamera vivo bersama bantuan ZEISS untuk mencipta pengalaman fotografi mudah alih yang terbaik. Selain mod fotografi baru oleh ZEISS dan teknologi pengimejan terkini, barisan siri vivo X70 dilengkapi dengan spesifikasi gen baru untuk memberikan pengalaman paling optimum.

Peningkatan kualiti imej bersama ZEISS

vivo meningkatkan kualiti perisian dan perkakasan kamera bersama teknologi syarikat ZEISS, di mana kedua-dua peranti memiliki kamera depan 32MP, susunan kamera quad belakang untuk X70 Pro (50MP + 12MP + 12MP + 8MP), dan susunan sistem tri-kamera (40MP + 12MP + 12MP) untuk X70. Selain itu, vivo menambah tiga fitur ZEISS Style Portrait – diilhamkan oleh kanta Distagon, Planar dan Sonnar.

  • “Distagon” memberi penampilan anamorphic, dan menawarkan kesan perspektif dinamik untuk seni bina kritis dan fotografi interior.
  • “Planar” memperkenalkan kesan bokeh klasik, untuk menyampaikan ekspresi melalui fotografi potret.
  • “Sonnar” terkenal dengan efek bokeh, lantas menjadikannya sangat sesuai untuk mendokumentasikan acara istimewa.

Selain itu, siri X70 mempunyai beberapa fitur lain – termasuk Real-Time Extreme Night Vision, Super Night Video, Pure Night View, Pro Cinematic Mode dan banyak lagi, serta disahkan mempunyai “ZEISS T Coating”, yang mengurangkan pantulan dan meningkatkan transmisi cahaya bagi menurunkan jumlah ghosting dan kesan cahaya yang tidak patut untuk kecemerlangan yang terjamin.

Prestasi tahap flagship

Siri X70 terdiri daripada spesifikasi yang sepatutnya dapat memuaskan mana-mana pengguna tidak kira kasual atau gamer. Kedua-dua X70 Pro dan X70 menggunakan cip MediaTek Dimensity 1200-vivo untuk memberikan prestasi CPU dan GPU yang lancar. Pemproses yang cekap kuasa ini membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya sambungan 5G setiap hari (apabila 5G disokong di Malaysia) , bersama memori LPDDR4X dan UFS 3.1 untuk kelajuan “read and write” yang pantas.

Walaupun faktor bentuknya ramping dan padat, model vivo X70 Pro dan X70 masing-masing memiliki bateri 4450 mAh (TYP) dan 4400 mAh (TYP), bersama dengan pengecas standard vivo (FlashCharge 11V / 4A) yang menyokong teknologi FlashCharge 44W. Seterusnya, X70 Pro dan X70 dilengkapi dengan paparan 6.56 inci dengan refresh rate 120Hz dan response time setinggi 240Hz untuk tontonan lancar.

Siri X70 adalah barisan vivo pertama yang datang bersama Funtouch OS 12 yang dilengkapi dengan sejumlah widget baru untuk pengguna mengatur dan mengubah suai skrin utama, supaya dapat mengakses aplikasi penting dengan cepat. Pengalaman muzik juga ditingkatkan dengan Nano Music Player, yang membolehkan pengguna mengakses muzik kegemaran dari aplikasi berbeza seperti Spotify dan JOOX, dengan hanya satu klik.


vivo X70 Pro dan X70 boleh dipa-pesan sekarang hingga 1 Oktober dalam dua pilihan warna: Cosmic Black atau Aurora Dawn. Sesiapa yang membuat pra-pesanan akan menerima:

  • vivo X70 Pro Premium Gift Pack (bernilai RM799): Bluetooth Sound Bar, VIU TV Membership Card (langganan sebulan), Extended Warranty selama 1 tahun, Perlindungan Retak Skrin selama 1 tahun
  • X70 Premium Gift Box (bernilai RM599): Bluetooth Speaker, High Speed Car Charger, VIU TV Membership Card (langganan sebulan), Extended Warranty selama 1 tahun, Perlindungan Retak Skrin selama 1 tahun

Promosi juga diadakan untuk vivo TWS 2 Series:

  • vivo TWS 2e kini bernilai RM68 buat masa terhad (harga asal adalah RM269)
  • vivo TWS 2 ANC kini bernilai RM98 buat masa terhad (harga asal adalah RM369)

Untuk mereka yang berminat, anda boleh melihat lebih lagi tentang vivo X70 Pro (RM3299) dan X70 (RM2499) di laman web rasmi vivo Malaysia, atau layari halaman Shopee, Lazada yang sah.

[wpdatatable id=28]
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: VivoVivo MalaysiaX70X70 Pro
Previous Post

Diablo II: Resurrected akan dilancarkan! Ini antara tips untuk anda bina parti semasa co-op!

Next Post

Fortnite kena blacklist oleh Apple selama 5 tahun!

Next Post
Fortnite kena blacklist oleh Apple selama 5 tahun!

Fortnite kena blacklist oleh Apple selama 5 tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd