Kalau sudah minat anime dan manga, sudah pasti ada antara anda yang ingin kumpul merch rasmi mahupun figura sebagai koleksi. Tetapi bukan semua merch rasmi ini murah lebih-lebih lagi patung figura watak. Semata-mata inginkan figura yang murah ada juga yang sanggup membeli figura bootleg, walaupun kualitinya tidaklah sebagus mana. Baru-baru ini, ada satu figura Tanjiro daripada siri Demon Slayer tular di media sosial kerana kualitinya terlampau teruk. Jom, kita lihat bagaimana figura ini boleh dijumpai.

Figura Tanjiro itu rupa-rupanya dijual di sebuah platform di Mexico iaitu Mercado Libre. Platform itu boleh dikatakan seperti Shopee dan Lazada. Figura tersebut mempunyai ketinggian hampi 280 mm dan dijual pada tanda harga $394 Mexican Peso (anggaran RM85). Ia juga dikatakan 100% original buatan Mexico dan mengatakan ia tidak akan mudah patah atau rosak semasa menggerakkan bahagian badan figura. Memang susah nak dapat keyakinan tinggi sebegini.

Selepas gambar figura Tanjiro ini tular dalam komuniti anime, boleh tahan juga ramai yang mengkritiknya. Dari pandangan pertama, sudah banyak benda yang mengganggu fikiran. Pedang Tanjiro bengkok, matanya juga boleh memberikan mimpi ngeri. Tidak cerita lagi mengenai badannya kelihatan tidak normal. Kotak yang selalu membawa Nezuko juga lebih tinggi posisinya. Jangan sangka hanya Tanjiro sahaja yang ada dalam kotak figura itu. Anda juga akan mendapat Nezuko. Mana boleh pisahkan adik beradik Kamado ini. Tetapi seperti abangnya, kualiti Nezuko itu juga agak mengerikan.

Ini bukanlah figura bootleg yang tersedia, ada banyak lagi figura dengan kualiti yang sama dijual di platform itu. Contohnya seperti Hatake Kakashi dan Venom. Anda boleh lihat gambar di bawah figura tersebut. Apapun, kalau anda tidak puas hati dengan figura itu, anda boleh mendapatkan wang anda semula. Baik sungguh penjual figura ini, siap ada hadiah percuma lagi.
Apa pendapat anda mengenai figura Tanjiro ini? Boleh kongsikan di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Demon Slayer, sila klik pautan ini.
Sumber: Mercado Libre
@gamersantaimy
Discussion about this post